Monday, April 25, 2016

Grammar : Perbezaan "if I ever become" dan "if I ever became"




So tadi I was  sitting alone, dan terpikir pulak pasal "If I become" dan "If I became" sebab keliru pulak pasal penggunaannya... Jadi kalau tak tau kena cari tau la kan? So I cari tahu and I pun tahu la sebabnya now haha. Since, sharing is caring, meh I explain kat korang satu persatu k?

Contoh ayat *kalau aku kaya haha* : 
  1. If I ever become really rich, I will stop working. (Kalau nanti aku jadi sangat kaya, aku akan berhenti kerja)
  2. If I ever became really rich, I would stop working. (Kalau aku menjadi kaya, aku pasti berhenti kerja)


Kedua-dua ayat kat atas ni betul dari segi grammar nya...tapi kedua duanya tak sama walaupun serupa sebab 'become' dengan 'became' tu menjadi penentu maksud ayat tu.

Perbezaan "tense" tu banyak gunanya dan dalam situasi seperti dalam kedua dua ayat di atas, "tense" yang digunakan bukan bertujuan untuk menunjukkan waktu.

Untuk ayat pertama:

If I ever become really rich, I will stop working.

Perkataan "become" dan "will" yang digunakan, menunjukkan "present tense" aka "perkara yang tengah berlaku". Penggunaan 'present tense' tersebut membuatkan ayat itu membawa maksud bahawa jika situasi tersebut ('If I ever become really rich') menjadi kenyataan, maka kemungkinan besar situasi 'I will stop working" akan menjadi kenyataan juga (akibat jadi kaya..).

Untuk ayat kedua:

If I ever became really rich, I would stop working.

Perkataan "became" dan "would" adalah "past tense" atau "perkara yang dah berlaku" namun seperti dinyatakan kat atas, walaupun berbentuk perkataan yang "sudah berlaku" tak semestinya ianya "sudah berlaku" sebab tak semua penggunaan "tense" adalah mengikut hukum "past/present tense". Penggunaan "past tense" dalam situasi kedua ini menyebabkan ayat ini berbentuk lebih kepada "angan angan / impian / harapan" sahaja dimana peluang untuk ianya menjadi kenyataan sangat kecil dan berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

Jadi kesimpulannya:

If I become...I will... - ada kemungkinan akan berlaku suatu hari nanti
If I became...I would... - kecik harapan untuk menjadi kenyataan suatu hari nanti


Harap entri ni membantu bagi yang tercari cari perbezaan antara diorang berdua ni jugak :)

Love,
Fifi.

2 comments: