Wednesday, November 11, 2015

Perjalanan


duduk sorang diri
fikir tentang hidup
fikir tentang mati
tarik nafas hembus nafas
alhamdulillah masih bernyawa lagi
mati?
entah bila, entah bagaimana


hidup ini
penuh suka penuh duka
penuh dosa penuh pahala
duduk menghadap jendela
fikir tentang dosa
fikir tentang taubat
fikir tentang pahala
fikir tentang syurga

setiap langkah diiringi dosa
berhenti sejenak cuba untuk taubat
perjalanan diteruskan
dosa mengiringi kembali
sesak dada menyesal
berhenti seketika cuba meminta keampunan
melangkah kemudian terhenti
berhenti kemudian melangkah kembali
satu roda berpusing tanpa henti
menunggu tiba suatu hari
saat tiba di penghujung jalan

saat semua terhenti
cuma mengharap
ianya saat
kemaafan sudah diterima
untuk semua dosa-dosa
namun andai tidak terdaya melawan nafsu
harus ditanya diri
sanggupkah membayar harganya?

No comments:

Post a Comment