Wednesday, December 24, 2014

Penggunaan Perkataan 'Ever'

Hai Peeps!

Tadi time belek belek my chatbox ternampak seseorang tanya pasal penggunaan perkataan 'ever' ni so here we go! *I tak expert bab ni but I tried my best*


Makna:

1. Sepanjang masa / Sentiasa / Selalunya

cth: ever the man of action, he was impatient with intellectuals (translate lebih kurang: kerana dia merupakan seorang yang lebih mementingkan tindakan/perbuatan daripada sekadar berkata kata, dia berasa rimas akan hujanan fakta-fakta tidak bersandarkan bukti perbuatan)

2. Pada bila-bila masa

cth: nothing ever seemed to scare her (translate lebih kurang: seperti tidak ada apa apa yang mampu membuatkannya rasa takut )

3. Semakin bertambah / meningkat (dengan secara meningkatnya)

cth: "having to borrow ever larger sums" (translate lebih kurang: perlu meminjam jumlah yang lebih besar (daripada sekarang ni, kerana jumlah tu makin meningkat))

4. Untuk menekankan ayat apabila ayat dituturkan dalam keadaan marah atau penuh emosi. Selalunya digunakan dalam soalan (secara retorikal dan tak percaya mostly).

cth: will he ever stop? (translate lebih kurang: akankah dia akhirnya berhenti suatu hari nanti?)


Secara tak formalnya aka slang-ish nya pula, perkataan ni bermakna macam ni  (abaikan contoh contoh kejam ayat dibawah k):

1. Pernah.

cth: "Have you ever killed somebody?" (translate lebih kurang: pernahkah kau membunuh seseorang?)

2. Jarang-jarangnya. (Dalam ayat kene letak perkataan 'hardly' depan 'ever' so jadi la 'hardly ever')

cth: "I hardly ever kill people." (translate lebih kurang: saya jarang jarangnya membunuh orang.)

3. Sejak. ( Kene letak 'since' belakang 'ever' so jadi ever since')

cth: "Ever since I started killing people, I have felt happier." (translate lebih kurang: sejak mula membunuh orang ni, aku rasa makin gembira dalam hidup.)

4. Menggantikan perkataan 'Never', membawa maksud jangan pernah.

cth: "I will never do that again" ---> "I won't ever do that again" 
       "Never do that again!" ---> "Do not ever do that again!"

Tu je yang Fifi boleh kongsikan for now, see you next time <3

1 comment:

  1. wahh nice sharing. Belajar inggelish pulak mlm mlm--

    ReplyDelete