Sunday, June 1, 2014

Review Novel: Slammed by Colleen Hoover

13372690

Sinopsis (English)

Following the unexpected death of her father, 18-year-old Layken is forced to be the rock for both her mother and younger brother. Outwardly, she appears resilient and tenacious, but inwardly, she's losing hope.

Enter Will Cooper: The attractive, 21-year-old new neighbor with an intriguing passion for slam poetry and a unique sense of humor. Within days of their introduction, Will and Layken form an intense emotional connection, leaving Layken with a renewed sense of hope.

Not long after an intense, heart-stopping first date, they are slammed to the core when a shocking revelation forces their new relationship to a sudden halt. Daily interactions become impossibly painful as they struggle to find a balance between the feelings that pull them together, and the secret that keeps them apart.

Nota Fifi

Kalau korang merupakan pengikut blog ni sejak awal Fifi berbelog korang akan automatik tau yang Fifi ni agak minat membaca novel English ni, ada la beratus jugak yang Fifi dah baca setakat ni. Fifi start menjinakkan diri dengan novel English ni time in Form 4, sebelum tu memang kalau dengar Novel ENGLISH je terus patah balik sebab tak reti mana Bahasa Inggeris ni. Budak kampung, tak macam budak bandar, speaking tu dah macam benda biasa je..


Anyway, entah macam mana boleh pulak terjumpa entri pasal sebuah novel English bertajuk 

"13 Reasons Why"

kat sebuah blog drama Korea. Sejak tu, dah tak hadap lagi drama Korea, terus je minat dengan membaca ni.

Jangan risau bagi yang English yang tak seberapa tu, asalkan korang minat membaca, masalah bahasa tu tak mengganggu sangat.

13 Reasons Why tu tak la best mana tapi lepas baca tu, mula la tersangkut novel lain gak.



My Review

Antara novel lain yang (HEBAT) Fifi pernah baca would be Slammed ni.

Novel ni Fifi menang Giveaway kat blog mana Fifi pun tak ingat.

Yang bestnya???

BANYAK!

But first Fifi nak bagitau jalan cerita dia dulu, takut korang konpius pulak nanti.

Layken @ Lake merupakan seorang pelajar high school yang baru berpindah ke pekan baru selepas ayahnya meninggal dunia. Umur dia baru je 18 (kira dalam form Six gitu la kat Malaysia ni, tapi kat Malaysia, legal age ialah 21, while kat situ 18 dah kira legal age dah).
Dia pindah dengan Mom dan adiknya.

Dia okay je, walaupun kat dalam hati dia memang sedih sebab ayah dia kan baru meninggal, mom dia pulak cepat-cepat nak pindah ke pekan baru tu.
Dia sedih sebab mom dia macam nak cepat-cepat lupakan ayah dia je.
Lagipun dia mengesyaki mom dia ada hubungan dengan lelaki lain.

Tapi kat situ, dia berkenalan dengan jiran diorang yang hensem lagi baik hati, Will.
Will ni............perfect gentleman la katakan...

Diorang keluar 'date' tak lama lepas diorang jumpa.
Sebab Will ni minat kat dia and dia pun minat kat Will.
Adik Will pulak berkawan dengan adik si Lake tu, kan cun je!

Tapi keesokan harinya lepas diorang date tu......diorang dapat tahu yang....

Lake tu merupakan seorang pelajar di sekolah dimana Will mengajar!

Lake tak sangka, Will lagi la tak sangka.
Dia ingat Lake tu dah masuk Kolej ke apa ke sebab Lake tak pernah cakap yang dia masih bersekolah.

Lake makinla sedih sebab Will baik sangat orangnya.
Will pulak kecewa la sebab kalau dating dengan student, tu sama la dengan mintak buang keje je.
And Will sangatla memerlukan kerja tu memandangkan dia terpaksa bekerja awal pada usia 20 sumting untuk menyara adiknya selepas ibu bapa diorang meninggal kemalangan.

So bermula la 'game' pura-pura tak beberapa kenal diorang.
Diorang jiran, Will cikgu kat kelas and Lake pulak pelajar dia, of course la tak mudah.

Diorang try gak usahakan untuk putuskan hubungan betul-betul.
Will pun cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bersemuka one on one dengan si Lake tu.Slammed by Colleen Hoover

At first Lake rasa kecewa sangat-sangat, marah marah sampai kadang kadang tu jadi kurang ajar pulak..
Tapi si Will sabar je..

Tapi bila sesuatu berlaku antara si Lake dengan mom dia........takkan Will nak duduk tengok je si Lake bersedih kan? Tapi sanggup ke dia membahayakan kerja dia demi Lake?

Korang bacala sendiri! Sure best and maybe membuatkan korang menangis punyala!

Slammed

Yang bestnya mengenai novel ni ada dua:

i. Slam!!! Kalau nak tau Slam ni bukan Slam pintu tu, tapi Slam ni maksudnya Puisi!

Sangatla hebat Slam dalam novel ni.. Boleh buat korang ketawa and boleh buat korang menangis.


ii. Adik-adik diorang.. gelagat memang mencuit hati sangat!!!

<3

1 comment:

  1. Macam best je novel slammed ni, tapi Fisha fail english macam mana nak baca hehe.

    ReplyDelete