Monday, May 19, 2014

Yoga tu Halal ke Haram?

Peace be Upon You All


Beberape hari ni asyik terjumpa pasal yoga, dan beryoga je..Fifi ni kadang-kadang je membelek-belek akhbar and menatap incik tv kat ruang tamu, rase macam malas je bizi. Tapi ade sekali tu Fifi bukak tv and tengok news kat TV3 diorang cakap yoga tu DIHARAMKAN kat Malaysia..tu yang Fifi konpius tahap tertinggi tu..

So soalannya, YOGA TU HARAM KE HALAL? 

Seperti yang korang sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

YOGA ni termasuk bende yang number (2) dan number (3) sebab dalam Yoga tu ade sebut beberape bende yang dikira bertentangan dengan ajaran Islam, selain TUJUAN UTAMA yoga ni menyembah Matahari.


JELAS-JELAS la YOGA tu HARAM kan?

Tapi tunggu dulu...............................

Macam mana kalau kite buat Yoga secara bersenam je, without Mentera-mentera tu sume and without menyembah Matahari?

Well, meh sini Fifi copy-pastekan dari page e-Fatwa for korang:


  • Pengajaran Yoga berasal-usul daripada kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’. Menurut kitab ini ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Tujuan Yoga (nirvana moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad.
  • Tidak wujud yoga menurut agama Islam tetapi yoga wujud di dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian.
  • Maksud istilah yoga sendiri telah menjelaskan bahawa ia mengandungi unsur-unsur Hinduism. Masyarakat Hindu mengamalkan yoga sebagai satu cara untuk mendapatkan ketenangan dan bersatu dengan tuhan-tuhan mereka.
  • Unsur-unsur pengaruh hindu yang dipromosikan secara halus melalui Trancendental Meditation dalam amalan yoga merupakan mantera agama hindu yang disebarkan untuk kegunaan semua penganut agama.
  • Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. telah menyediakan berbagai kaedah kerohanian kepada umatnya untuk mencari atau mencapai ketenangan diri dan umat Islam tidak perlu merujuk atau mengikut kepercayaan atau amalan agama lain.
  • Amalan yoga adalah salah satu dakyah halus yang digunakan untuk mengembangkan pengaruh hindu.
  • Yoga ini pada awalnya diperkenalkan di negara-negara barat kerana masyarakat sentiasa mengalami stress. Apabila ketenangan dapat dicapai melalui yoga, mereka mendapati produktiviti kerja semakin bertambah baik dan atas dasar ini yoga dianggap antara kaedah terbaik memulihkan kesihatan dan memajukan diri.
  • Mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikan, adalah haram bagi umat Islam mengamalkannya.
  • Singapura walaupun hanya mempunyai minoriti umat Islam telah mengharamkan yoga atas dasar mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan akidah orang Islam.
  • Adalah wajar umat Islam dilarang daripada melakukan apa jua amalan atau senaman yang mempunyai kaitan dengan unsur syirik atau pemujaan agama lain. 
P/s: Pada pendapat Fifi, kalau tak tahu, pergi bertanya, kalau konfiden, pegila buat, tapi kalau ragu-ragu, bersenam lari trek je la (ni sesuai for orang tak pious sangat macam Fifi ni) and jangan nak sebok pegi usik orang yang dah konfiden tu :D


Sedekahkan klik sini sekali? Thanks :)

9 comments:

  1. kenapa footer blog ni larik sket ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab blog ni kene full view at 100%, kalau 90% or less, memang a bit lain la :/

      Delete
    2. dah jumpe dah cara betulkan..thanks atas teguran though :)

      Delete
  2. nice sharing fifi. mulanya sye pun fikir.. kita buat je.. bukannya baca mentera dia pun.. rupanya tak boleh juga.. btw thanks (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. fifi pun same but then..ntah la better tak buat than rase ragu2 :)

      Delete
  3. nice sharing.baik jogging cam biase je,sihat ;)

    ReplyDelete
  4. hm betul betul. banyak lagi cara umat islam boleh guna untuk hilangkan stress atau bersenam kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..Fifi tanak buat yoga ni, takut patah pulak mane2 tlg bdn :D

      Delete