Saturday, May 31, 2014

My Obsession vs My Addiction

Peace be upon everyone!

Hari ni we are gonna talk bout obsesi dan addiksi(???) pulak. Korang ada apa-apa obsesi atau addiction? Well Fifi ada banyak :D

*gambo sume encik Google sebab tengah tunggu ada duit beli camera*



Kamus. 

Ni obsesi time form 4 to form 5 je. Sempat kumpul sampai lima bijik je pasai bajet dah takde. Time form 4 to form five tu bajet ade sebab time tu Fifi gunakan duit yang Fifi menang award mana mana kat sekolah untuk beli kamus tu..sekarang dah keje, banyak pulak bende lain yg lebih penting. Lima je, tapi beratus gak duit habis dibuatnya. Yang Fifi guna mostly sebijik je, tapi dah minat kan, mom geleng kepala je.



Pensel tekan.

Sejak dulu lagi dah minat kumpul pensel tekan ni...tapi..susah benar nak mengekalkan koleksi Fifi! Anyway, sekarang ni pensel tekan Fifi ada lebih kurang lima belas je lagi, kumpul since last year. Kalau ikutkan, nak cecah 50 sepatutnya tapi my lil brother sukela sangat nak menculik pensel2 kesayangan Fifi. Tiap2 minggu ade je yang hilang. Bila ditanya, tersengih2 je. Bila diberi duit suh beli sendiri taknak. Bile diberi pensel yang dibeli ekstra, magikally boleh hilang dalam masa 24 jam pulak! Makan ke hape? Ni la ketagihan yang dok buat my sis geram kekadang..tak boleh jalan dengan kedai buku/stationeries sikit, sure la ada pensel yang Fifi kebas..




Gula-Gula. 

Singgah mana mana kedai yang ada menjual gula-gula mesti gapai sejenis gula. Mentos, Skittles, Mints, Nano, Sour Plus, Lollipop, Malts, M&M, Nicks atau pape je. Lepas tu balik rumah taruk dalam bekas, keluar lagi, beli lagi. sampai la gula tu penuh spenuhnya..makan jarang, sekadar untuk tatapan mata je. berpuluh gak habis for gula2 ni. Kadang-kadang bila my niece balik, ada la jugak gula-gula tu dikunyah..


Pepsi atau Coke

Yang ni obsesi melampau2. Telampau2 sangat. Tak kisah la botol ke tin ke, sume fifi sapu. Kalau tekak rase hauus je, sebotol besar tu bole habis sehari je. Kalau travel mana mana wajib minum ni dulu sebab ada carsickness :D

Tu je sebenarnya obsesi Fifi yang agak obvious. Korang pulak?

2 comments:

  1. Comella pensel tekan tu, Cikna pun sampai skunk suka guna pensel tekan....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fail ke tak fail ke, lantak je hun, kalau ade niat sume bole :D

      Delete