Friday, May 9, 2014

Mr Kucing : Awak Sure ke yang Awak tu Lelaki?

Peace be upon you OLS!

So hari ni mood nak Story-Telling pasal kucing I pulak Well, kene guna 'I' tu sebab mood mengada-ngada dah tiba, padahal minah kampung je pun...kahkahkah (gelak dalam ati je, nanti kucing I yang kat sebelah tu kata I gile pulak..)

Anyway, kucing yang I maksudkan tu, Kony Dew, kucing buatan Malaysia tapi nampak macam Mat Saleh gitu.. Sebab badan dia putihhhhhhhhh je. Gebu!

Anyway berbalik kepada tajuk entri (tolong baca sekali lagi sebagai me-refresh memory k.. : Mr Kucing : Awak Sure ke yang Awak tu Lelaki?)

Jantina Kony tu disahkan LELAKI oleh doktor kucing terkenal, Dr. Mak. (terkenal kat rumah je..tapi tu still dikira!)


Anyway, cerita ni kene start dari awal, takut korang tak faham pulak what I am gonna say (ceh speaking kejap Mak si Kony ni...)

So Kony ni dulunya ada seekor isteri comel tapi ganas, Katy (Nama penuh: Katy Perry, penyanyi omputeh tu..).
So diorang ade babies, 3 ekor. 
Yang Pertama: Katy Kecik (innalillah dimakan Katy sendiri, kejam2!)
Yang Kedua: Si Koci (innalillah, sebab kehausan, I bagi air dia taknak)
Yang last: Si Ketam Bola Hitam (kaler dia hitam, tapi nama tak leh bagi Hitam terus sebab Nama Keluarga diorang start dengan K, Kony, Katy, Kocy, Kecik dan arwah Kuning)

So Si Ketam Bola Hitam aka Itam ni hidup lagi.

Walaupun pada 2 minggu selepas dilahirkan, mom dia pegi bunuh diri minum racun.
(mungkin stress menjadi ibu pada usia yang terlalu tua)

>I rindu kat dia.<

So tinggalla dua ekor anak kucing tanpa susu, Ketam and Koci!!
Seperti dinyatakan kat atas, Koci meninggal dunia tak lama kemudian.

Ketam? Well Ketam ni BIJAK, so dia hidup.

Cammane?

Dia menyusu la (dah tau haus, menyusu je la, nape nak degil?)...cer teka susu sape?

Susu KONY!


At first I terperasan bulu Kony asyik kotor je bahagian perut dia.

Cek punya cek Ketam dok hisap susu dia!

Soalan penting: Ada susu ke???
TAK ADE! Langsung takde, kan dia lelaki, jantan!
Yang ade cuma air liur si Ketam tu dok meleleh haha

Anyway, yang membuatkan I ragu-ragu dengan jantina si Kony tu...dia boleh pulak melayan si Ketam tu macam seekor ibu kucing.

Ketam haus, dia suakan perut kat si Hitam (anyway, setiap kali lipas 'menyusu' Ketam pegi minum air kosong kat bekas makanan dia)
Ketam lapar, dia tinggalkan makanan sikit for ketam.
Ketam nangis time diberi mandi, dia dok marah-marah I pulak kat depan pintu bilik mandi.
Ketam basah, dia jilatkan.
Ketam nak tido, dia jadi bantal.

Dari bulan satu dulu sampaila bulan lima ni, memang macam tu je gelagat diorang!
Yup, Ketam still menyusu bapaknya!

So I heran la, Dear Kony, Awak Sure ke yang Awak tu Lelaki?

:)


p/s: berminat nak jadi panda? Tengok cara-caranya kat bawah ni:


Sure menjadi :D

4 comments:

  1. erk..kony tu kesian kat anak2 dia tu

    ReplyDelete
  2. sedihnya kucing mati T.T Ketam dah takde mak, sebab tu Kony gantikan. haha

    ReplyDelete
  3. @Ainim Suju maybe kot, ataupun istri die ade tinggalkan wasiat suh jage budak2 lepas die meninggal :3

    ReplyDelete