Wednesday, April 23, 2014

Pengalaman Temuduga Pembantu Pendaftaran KP17

Assalamualaikum and peace be upon you :)


Lama dah tak hupdate bende kat blog ni..well sebab busy.. (okay, mostly sebab malas tapi tanak la mention sebab sebenar ni hehe)

So pada 10/3/2014 yang lalu Fifi dapat peluang temuduga jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 from pihak SPA. Actually ni my second time dapat peluang interview ni, tapi temuduga yang pertama tu terlepas sebab posmen malas nak hantar surat kerumah. (I benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat ngan incik posmen tu, kadang-kadang tu when kita lambat nak amik surat, dia bole siap marah-marah lagi! Huh, keje sendiri tak buat, ade hati nak marah orang pulak! I was wrong!)




Anyway berbalik kepada tajuk, Pengalaman Temuduga Pembantu Pendaftaran KP17, well cerita dia bermula saat surat panggilan temuduga tu sampai ke tangan, kira-kira seminggu sebelum tarikh temuduga.

Mom: Surat ape tu?
Sis: Meh sini, aku baca.
Me: Well..

Sis: SPA tu, pegi la.
Mom: Pegi la, sayang kalau tak pegi.
Me: Well..

Mom: Isnin ni pegi interview tu.
Me: Well..

Mom: Nak kene teman la tu..
Me: Well..Kuching kan jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Sis: Penakut! Sampai bila la nak bergantung harap dengan mak..
Mom: Takpe, kali ni mak tolong temankan..
Me: Well..GREAT! Haha

Bermulala pencarian maklumat online. Well, antara blog yang paling menbantu is blog sis Roslita kat Roslita Thalib. (thanks sis!) Seperti dinyatakan dalam blog sis Roslita tu, perkara-perkara wajib would be:

  • memperkenalkan diri
  • kene tau selok-belok keje : tugas, carta organisasi and isu-isu semasa
Anyway, maklumat asas for Pembantu Pendaftaran KP17 ialah:

  • Kumpulan: Sokongan
  • Kem/Jab: Jabatan Pendaftaran Negara 
  • Gaji Minimum: RM936.00
  • Gaki Maksimum: RM3,424.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM95.00
  • Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

  • Deskripsi Tugas:
Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.


So, Ahad tu mom dok cari kenderaan untuk pegi ke Kuching since sis ade keje and tak leh drive kitorang.
Cari punye cari tak jumpa.
In the end, terpaksa naik bas.
Lebih empat jam dalam bas akhirnya sampai kat Kuching n  kitorang stay kat rumah my cousin.

Keesokan harinya, cousin Fifi tu pi la hantar mom and I ke pusat temuduga.
Mom kene temankan since after interview we will board bas balik.
Fifi pakai baju kurung kaler green wif tudung kaler green gak (mom punye la wei hehe)
Sementara tunggu cousin tu pi hantar ke pusat temuduga, Fifi secara bersungguhnya menghafal carta organisasi dan tugas-tugas pembantu pendaftaran. Menteri lima orang siap hafal jugak.
Tapi pukul 8 camtu kesungguhan tu makin pudar sebab busy dengar news pasal MH370 yang still hilang tu.
Well, akibatnya..akan diceritakan nanti..

Well cousin tu hantar pukul 10.30 pagi gitu walaupun interview pukul 12.30. Gile awal kan? Well dia cakap selalunya, first come first serve so kitorang on je with her plan since dia pon biasa sangatlah bab menginterview dan diinterview ni.

Sampai kat situ, ada la beberapa orang dalam bilik tu.
Pendaftar tu siap tanya lagi, "well awalnya?"
Siap daftar Fifi tunggu giliran. Mom tunggu luar bilik. (kesian my mom kan, jadi kuli Fifi pulak)

5 minit kemudian, tiba la giliran Fifi.
Fifi ketuk pintu dulu, nak beradab la katakan.
Tapi tak tunggu langsung dia suruh masuk ke tak, terus je memboloskan diri kedalam..kan pintu tu soundproof hehe

Dapat dua orang interviewer, sorang dari pihak SPA and sorang lagi dari JPN. 
Dua-dua pompuan..

Pompuan from JPN mintak salinan-salinan pengesahan maklumat diri and sijil-sijil Fifi, so Fifi kasi la hehe
Pompuan from SPA dok busy dengan komputer beliau so Fifi abaikan je, sebentar.

Puan JPN tu suruh duduk,  Fifi duduk la.
Puan SPA masih lagi bizi dengan komputer beliau.

Puan JPN: Perkenalkan diri.
Me: *Cakap pasal diri la..nama, umur, adik beradik, tempat tinggal, keje*

Suara bergetar-getar macam signal radio rosak je.
Fifi teruskan bercerita pasal hidup Fifi yang tak seberapa kat kampung while Puan JPN dok merenung muka Fifi. Makin la Fifi nervous! 
Puan SPA akhirnya mengabaikan komputer beliau dan start membelek-belek dengan tekunnya sijil-sijil Fifi. 

Last-last, Fifi tak tau nak cerita apa lagi.

*bunyi cengkerik seminit*

Fifi tunggu dia tanya soalan lain, tapi Puan JPN senyap je. Beliau start membelek-belek sijil Fifi gak.

Akhirnya..sebab tak tahan lagi..

Me: hmmm tu je.

(Haha, sangatla tak prfesional!)

Well, puan JPN tanya lagi, apa preparation Fifi for temuduga ni:

Me: Well, Fifi surf internet. *mula la membebel pasal carta organisasi yang Fifi hafal sikit-sikit, pasal tugas and tu je sebab memori tak beberapa nak bagus*

Suara stil bergetar-getar macam bateri nak habis.

Tiba-tiba, Puan SPA pun start bertanya. (well, ingatkan dia tak sudi nak menginterview Fifi hehe)

Puan SPA: Bagus, awal awak datang, interview pukul 12 lebih.
Me: *senyum je*

Puan SPA: Result awak bagus ni, kenapa tak sambung belajar je.
Puan JPN: tu la, sayang result bagus.

Jawapan Fifi?

Me: Well, keadaan keluarga tak mengizinkan. Fifi kene keje untuk menyara keluarga. *bla bla bla pasal hidup susah kat kampung hehe actually mom tak izinkan je pon sebabnya since mom suruh keje terus*

Puan SPA: Tak mohon ke? Sayang tak digunakan rsult bagus cenggini.
Me: Well, ada and dapat ASASI law last year. Tapi dah tolak dah since keluarga tak mampu.
Puan JPN: Sayang tu.
Me: Saya nak cari keje dulu.

*mom selepas interview: kalau dah selalu sangat suggest suh pi sambung belajar tu, mesti tanak bagi keje tu..*

Puan JPN: Memandangkan awak tinggal kat kawasan pedalaman, bagaimana awak mencapai pencapaian yang baik *dia mention pasal sijil-sijik kk Fifi*
Me: Well, balik sekolah Fifi bantu mak bekerja. Malam tu studi and then kat sekolah cover sume. (Well, ni kurang benar sebab kadang-kadang tu Fifi bantu mom sampai malam, sume bende buat kat sekolah tiru orang, especially keje rumah hehe)

Puan JPN: Keje ni memerlukan kesabaran yang tinggi, macam mana awak nak handle customer kat kaunter nanti?
Me: *jawapan merapu* Well, Fifi ada bantu sis jaga anak dia dulu, tau-tau je la budak, memerlukan kesabaran yang tinggi. So saya yakin dapat menangani customer dengan baik.
Puan JPN: Kalau dia marah-marah?
Me: Saya akan menjawab soalan-soalan dengan nada yang lembut agar dia tak 'meletup' makin marah.

Puan JPN: Macam mana nanti kalau awak dihantar bertugas kat semenanjung, sanggup ke? Pernah keluar dari Sarawak ke?
Me: Well, pernah. Saya pernah ke KL dan ke Johor atas sebab-sebab tertentu. *muka Puan JPN macam terkejut je mendengar budak kampung ntah pape macam Fifi pernah keluar dari Sarawak* (Well, Fifi tak nyatakan sebab-sebab tu sebab tu sume time bercuti dengan Famili je, kalau pergi sorang mungkin nangis cari jalan kat airport kot haha)

Puan JPN: Adik beradik awak dah bekerje ke?
Me: Abang saya sorang dah bekerje while me and my sis bantu mak membuat kuih.
Puan JPN: Kerje kat mane? Kerja kerajaan ke?
Me: Tak, berkuli kat kedai kat Kuching ni la.
Puan JPN: Ow.

Puan SPA: Well, awak patut sambung belajar ni..sayang result ni bagus. Awak bole pergi jauh ni. Kalau dapat keje ni, awak sambung belajar k.
Me: Inshaalallah.
Puan JPN: Boleh je sambung belajar after dapat keje. Awak patut sambung belajar.
Me: Inshaallah.

(tak habis-habis suruh sambung belajar..)

Puan JPN: Tu je. *bagi balik my fail*

Fifi pegi amik Fail tu dari beliau, senyum and then blah dari bilik tu.
tapi, sebelum tu, Fifi ucap:

Thanks for your time, and have a nice day.

Kepada diorang berdua.

Tamat la sesi interview tu.
(Well dialog time interview lain sikit..tapi seriously, Malay Fifi sangatla teruk huhu)

Anyway, keputusan dah keluar and......



Seriously, memang tak sangka akan dapat jawatan tu sebab temuduga haritu sangatla kurang meyakingkan haha

ALHAMDULILLAH!

40 comments:

  1. aww.. happy for u .. congrats :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fifi.. da dpt surat lantikan & lapor diri? Sbb sa mc blm dpt lg

      Delete
    2. Belum dapat lagi, tertunggu-tunggu jugak ni, since takut terlepas or what.. Kalau awk dpt nanti, gtau sy k :)

      Delete
    3. Assalamualaikum. Samalah kita. Da dapat surat tawaran? Kena lapor kat kucingkan. Saya dari tawau. Hari yg samalah kita temuduga

      Delete
    4. wslm..dah dapat dah :) ya, lapor diri kat Kuching *yeay* tapi kan, kalau kursus nanti kat semua kat PJ ke?

      p/s: kalau Fifi kenalkan diri nanti jgn pura2 tak kenal pulak :D

      Delete
  2. Orite.. nnt sya share klo da dpt surat tu..

    ReplyDelete
  3. Hi Fifi, sya da dpt surat lapor diri.. see u at JPN Kuching.. sya calon sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi pun dah dpt dah, jumpa kat Kuching!

      p/s: kalau jumpa nanti, jgn pura2 tak kenal :D

      Delete
    2. Hye sy calon dr sbh. Sptutnya lapor diri esok d kuching tp kemarin dorg call bg tau cancel. Korg pun ada dpt panggilan yg sama ka?

      Delete
    3. Floveah masalop sy pun calon sbh. Tp kmarin dorg call suru lapor diri d jpn sbh. Hmmm sedangkan sy sdh beli tiket ke kuching. Ko ada terima panggilan ka?

      Delete
  4. hi fifi.nice sharing.mcna keje skrng.best x?sy dpt iv ni pd 28.4.2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. keje skrg ni kinda okay la, fun at times but kinda boring at times since Fifi keje cwgn kecik n pedalaman je.. good luck interview nanti! :)

      Delete
  5. Salam. Hye, skrg Fifi kerja dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis...skrg fifi keje kat JPN Maludam, Sarawak :)

      Delete
  6. hi fifi....klw nak trima tawaran but nak keje at least 3 bulan smentara tunggu tawarn msuk u bole tak..??

    ReplyDelete
  7. tq for the info. really help me. sy iv pd 21apr15. wish me luck :3

    ReplyDelete
  8. You're most welcome sis, moge dpt la tawaran tu nanti! :)

    ReplyDelete
  9. fifi sambung bljr x?gji mcmna?ckp x nk sara hidup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. For now Fifi xsmbung study dulu..
      Gaji is okay je since fifi stay kat kwsn pedalaman, nk pg bli brg pn susah so duit xbyk yg klua..
      Kalau kat pedalaman mmg ckup je, kt bandar tu ssh sikit since byk yg nk kene kira, like rmh sewa, kereta, and the lifestyle itself..

      Delete
    2. blh critakan ckt x environment keje fifi camne.rutin harian?kalau bt sijil lahir baby,brp lama ye blh siap?

      Delete
    3. Since Fifi keje kat pedalaman tak sibuk sangat. Keje macam kat opis biasa je kot, punch card / konfemkan kehadiran n then on system pc sume n then tunggu applicants sampai :D everyday ade report aktiviti sume bit hujung bulan even more busy la.. tu je kot..

      Kalau bab permohonan, yang tak bermasalah boleh siap terus tp kalau bermasalah atau daftar lewat, lama sikit.

      Delete
    4. tqsm fifi.ini sgt mmbntu..last preparation b4 tomrow.

      Delete
    5. You're welcome :) all the best for tomorrow!

      Delete
  10. assalam , tumpang tanye , yang menteri 5 orang fifi tulis kat atas tu sape ye , menteri kdn dan ? interview isnin dpan , agak cuak lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.tu menteri tu Fifi hafal yg senang senang n yg hensem hensem je mcm menteri keshihatan, pertahanan, kewangan etc yg umum la. Menteri KDN fifi tak hafal and smpai sekarang xhafal2 haha

      Delete
  11. Hi semua,saya dah temuduga pada 24/4/2015.sgt nervous tau sebab lebih kurang 30 minit ditemuduga.Saya calon dari Sabah.

    ReplyDelete
  12. Same goes to me. Tomorrow will go for this interview. Really scared. Pray for me ya.

    ReplyDelete
  13. Nak share sikit pengalaman ,masa saya interview,ada 2 org penemuduga,seorg lelaki dan seorg perempuan.Pegawai lelaki tu yg mulakan sesi temuduga ni.Mula dengan perkenalkan diri saya.Sementara tu pegawai perempuan tu belek sijil saya dan tengok saya sahaja.Lepas tu mula ditanya dengan pelbagai soalan.Antara soalan yg ditanya: tugas jawatan ni,siapa pengarah JPN,jenis Mykad,isu berkaitan JPN.Byk juga soalan yg berkaitan diri saya: apa pekerjaan bapa saya sebelum bersara,penglibatan kokurikulum semasa di sek,pandangan saya terhadap perkhidmatan JPN,dan byk yg saya dah lupa.Kebanyakan soalan ditanya oleh pegawai lelaki manakala pegawai perempuan cuma tanya saya beberapa soalan ja.Memandangkan saya merupakan calon simpanan utk jwt pegawai khidmat pelanggan N17,pegawai tu tanya lagi mana satu jwt yg saya pilih kalau diterima masuk dalam masa yg sama.Saya jawab sampai tak dapat jawab sebab soalan yg ditanya bertalu-talu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun calon simpanan untuk pkp 17. Haha. And haritu pergi utk pmbntu pendaftaran. Ramai perempuan. Haha. But thank god all went well. harap harap dapat kerja ni. Bila eh result ? 1 month after isnt?

      Delete
    2. Wow...kebetulannya kita dpt result yg sama utk pkp dan dipanggil interview pembantu pendaftaran pula.Yup ,result keluar pada 25/5/2015.

      Delete
    3. Saya pun hadir temuduga 22/05/2015 calon sabah...ada yg sudh check result keputusan temuduga?

      Delete
    4. Hi,fifi....nak tanya...klu dh berjaya temuduga...berapa lama surat tawaran akan sampai?

      Delete
  14. hi, nak share soalan interview saya yg panjang berjela ni utk perkongsian semua. saya interview di JPN Jalan Dutamas tadi. Ada 2 org interviewer:-

    Interviewer 1:
    1. Perkenalkan diri
    2. Misi KDN (confident je jwb misi JPN punya.. haha, so, mmg taktau sebab tak baca)
    3. Menteri KDN sapa
    3. Ada degree tapi kenapa apply jawatan spm ni
    4. Pandangan bila ditanya antara kerja dan keluarga macam mana nak handle
    5. boleh ke keje sabtu ahad, overtime masa weekday
    6. apa penambahbaikan yang boleh dilakukan pada JPN

    Interviewer 2 (strict sikit lelaki ni, banyak soalan proses n fakta, banyak jawapan saya..maaf, saya kurang pasti..huhu)
    1. Fungsi JPN
    2. Skop kerja Pembantu Pendaftaran
    3. 3 golongan yang boleh buatkan mykid
    4. 3 kelebihan mykid
    5. 3 golongan yang terlibat dalam sijil perkahwinan dan penceraian, syarat2nya.. (siyes xtau sebab x study...huaaa)
    6. Ketua Pengarah JPN
    7. Golongan mana yang tak perlu buat IC (ni masa tgh susun sijil kat luar, ada staff tgh menyembang, so dptla jawapannya.. Yang Di pertuan Agong dgn Sultan) hehe..

    Tu je...sekiaann..

    ReplyDelete
  15. Miss Fifi nk tnye Camne nk check keputusan Temuduga Sama Ade berjaya atau tidak ?

    ReplyDelete
  16. Miss Fifi nk tnye Camne nk check results Temuduga Sama Ade dpt atau tidak ?

    ReplyDelete
  17. Kak fifi dlu bwk sijil sekolah rndah jgak ke hehe

    ReplyDelete