Friday, July 5, 2013

First Day Puasa : Tak Larat Macam Budak-budak Je!

So hari ni Fifi dah start puasa...Hmm Ramadan is not here yet, tapi biasa la kan, excited nak puasa so Fifi start lah puasa hari ni dengan mom. tau ape jadik?

Epic fail!




Haha memang agak tak membanggakan pengalaman Fifi today.

So kronologi dia macam ni:

3.00am: Alarm dok berbunyi. Wah, geram sungguh dengan Mr. Alarm sebab ganggu mimpi indah Fifi kawen dengan anak raja!

3.10am: Akhirnya bangun jugak selepas puas mengelip-ngelipkan mata :D

3.15am: Bukannya nak terus pergi sediakan makanan for Sahur, tapi dok menagdap lappy!

4.00am: Tengok jam terkejut dah pukul 4.00am sudah. Tapi still tak pergi sediakan makanan :D Super Mak pon muncul dari bilik dengan muka mengantuk beliau. yup, Finallly mom yang sediakan sume while Fifi jadi bos goyang kaki.

4.30am: Mom sediakan biskut, air teh, nasi, ayam masak tomato, and entah ape lagi. Well Fifi tuang secawan teh for Fifi. Lepas tu dok termenung...

4.50am: Secawan teh tadi belum habis lagi. Nak makan memang takde selera, so in the end, sampai azan Subuh pukul 5.05 am, secawan teh tu pon tak habis. Mom senyum je. Well, memang dah tabiat Fifi susah nak makan time sahur. Kurma? Well, Fifi memang sangat rugi coz Fifi memang tak pandai makan kurma :c

6.00am: Pergi kerja.

11.00am: Balik kerja. Terbayang-bayang nak makan coklat Cadbury, and Coke. Pergi pasar, jumpa Coke and Nicks je. Well, jadi la.

12.00pm: Wah, ni dah jadi macam mayat hidup pulak. Takda energy langsung! Jalan pon macam sotong je lagaknya. Mom tanya soalan pon jawab sepatah-sepatah je, betapa takda energynya Fifi.

03.00pm:  Baring atas katil sebab takda energy. Terlelap sampai pukul 5.00pm! Gila lama tu!

05.30pm: Pergi join mom masak kat dapur. (Well Fifi memang tak tahu memasak LANGSUNG, so pergi menyebok je la :D). Mom masak kerabu mangga, sambal terung, terubuk kukus and ikan masin (well ikan masin tu Fifi punya, memang lain daripada yang lain selera ni :D)

06.50pm: Azan je, terus baca doa (ala-ala Upin and Ipin gitu) and minum Coke. Well, mom makan kurma, Fifi tengok je. And then for setengah jam duduk kat meja makan, takda selera pulak nak makan. Mom dok bagi jelingan laser dah sebab nasi memang tak disentuh pon. tangan dok pegang handphone :D


Yup, begitula hari first Fifi berpuasa hari ni. Esok nak puasa lagi :3


4 comments:

  1. hehe :) biasalah tu klau first puasa msti lmbik pnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha macam tu la selalunya..kalau dah nak dekat raya, baru banyak sikit energy sebab excited nak raya :D

      Delete