Tuesday, May 7, 2013

Perkara Harus dan Wajib dalam Sinetron Indonesia




First of all, kalau korang minat citer Indonesia, dipersilakan menapak jauh dari entri ni. Jangan pandang belakang lagi k, straight out of my blog. Kenapa? Sebab entri ni khas untuk yang anti sinetron Indonesia, daripada sorang hamba yang anti citer Indonesia. Ada faham? :D

So buat korang yang tertanya-tanya kenapa Fifi dok tak suka sinetron Indonesia, jawapan dia simple je, Fifi rasa sinetron Indonesia semua merepek. Kat bawah ni, Fifi listkan kemerepekan wajib dalam hampir semua sinetron Indonesia kini.


Perbezaan Darjat.
Nak menyampah dah tengok elemen ni dalam sinetron Indonesia.. Selalunya kan, hero tu kaya billionaire gitu, and then heroin dia pulak miskin sangat-sangat. Kalau hero tu pakai BMW, yang heroin tu biasala pakai selipar jepun je. Yang mengherankannya lak, kadang-kadang tu pakaian dah kotor gila, tapi rambut heroin n muka dia ala-ala model punya? Logik la sangat. Hero  dia? Duit bukan main lagi banyak, dah tu makan kat kafe je..Apa kelas? Pergila restoran ke apa.

Cinta Terhalang.
Muak dengar benda ni. Selalunya terjadi sebab perbezaan darjat seperti dinyatakan kat atas la. Yang Fifi tak suka sangat pasal benda ni ofcourse lah part mana parents masuk campur. I mean, sangat sangat jarang parents dalam sinetron Indonesia dok sokong kalau anak diorang nak kawen dengan budak miskin. Come on! Kalau sinetron Indonesia ni dok mencerminkan orang Indonesia, konklusinya satu je, kalau orang Indonesia yang kaya tu, sume hati dok busuk dan tak sayangkan anak diorang. Dah tu lak, tak cukup dengan tak merestui hubungan anak diorang, siap upah orang untuk bunuh budak yang anak diorang suka tu lak! Hmm kat Indonesia, pembunuh senang nak dapat.

Penculikan.
Wah, yang ni memang wajib. Yang merentasi kelogikan ialah, tiap kali ada penculikan berlaku orang awam automatik tak sedar, takda witness whatsoever. Tak pernahnya ada orang awam yang step up untuk tolong mangsa culik tu.

Kanser.
Haha, this one make me gelak tiap kali doktor announce. Tak cukup dengan tu, pandai lak si doktor tu kira bape bulan lagi si pesakit bole hidup. Terer tu! ( kalau dah sakit tu, sure dirahsiakan dari orang lain punya!)

Accident.
Ni tak kisah la eksiden jenis apa. Kereta ke, jatuh ke, whatever. Yang Fifi tak tahan ialah bila bab berdarah tu. Darah kan merah? Tapi apesal most of the time darah orang Indonesia pink? Girlie la sangat! Lagi satu, luka dibalut. Sure ada tompok kecil darah kat bandage tu. Seriously, kalau korang tengok pesakit sebenar, jarang sekali ada nampak darah tu. Tapi dalam sinetron Indonesia, mesti ada! (konklusinya, darah orang Indonesia jenis cair :D)

Hilang Ingatan.
Ni selalunya sebab car accident. Memang tak sah kalau takda bab car accident ni dalam sinetron Indonesia. Bangun je, mesti lupa semua. Seriously, kalau accident kena hilang ingatan ke? Dah tu pulak, sebab sinetron Indonesia ni memang HEBAT, semua watak yang hilang tu pasti akan dapat semula ingatan diorang, diulangi SEMUA! Yeah, terer kan?

Mati.
Okay, yang ni the best thing yang Fifi BENCI. Kalau dah mati tu kan, car accident ke atau rumah hangus ke, magikly tengah-tengah cerita tu kan, bole hidup semula watak tu. Supernatural gitu!

Salah Orang.
Ni khas bagi time bila sorang watak tengah rindu or cari seseorang. Belakan dah napak macam dia dah, time dekat, salah orang pulak. Macam takde idea je penulis Indonesia buat cerita.. Sau lagi, bila dah nampak orang yang dirindu tu, kereta/van/bas lalu, terus lesap je orang tu. Kiri kanan takde lagi, WHAT???

Cedera.
NI khas untuk yang kena tembak or kena tikam dengan pisau. Kalau berdarah tu mesti kaler merah pink. Dah tu pulak, nazak tu pulak boleh pulak bercerita panjang lebar. Bercerita ala storytelling gitu.. Yang dok pangku si nazak tu pulak, tak pulak pergi mintak bantuan cepat cepat (ni mesti kes nak orang tu mati cepat!).. Daripada dok cakap pasal benda merepek tu, kenapa tak ajar dia mengucap je?!

Baik dan Jahat.
What I hate most! Kalau dah baik sangat tu kan, mesti baik mengalahkan malaikat gitu. Tapi yang menyakiykan hati tu, boleh je dia maafkan orang yang dah dok torture dia dengan senang hatinya. Selalunya, hati baik tu datang satu pakej dengan kebodohan. A'ah, bodoh. Jelas-jelas orang jahat tu dok pretend je, tapi dia still dengan bodohnya percaya je cakap orang tu. Yang jahat tu pulak, jahat gila. Sanggup bunuh orang segala. Mata pulak tajam and besar gila. Ketawa pulak mesti evil je bunyi dia.

K tu je for now, sebab malas dah nak dok taip. Kinda bazir masa Fifi je.

12 comments:

  1. Replies
    1. oh, terlupa pulak nak letak part tu :D that one pun feymes gila tapi lately takde dah :D tapi kan when tertukar anak mesti yang miskin jadi jahat, n yang kaya tu jadi baik je.. -.-

      Delete
  2. kak sally pun tak minat...tp ibu kak sally dah macam obses...terpaksa la...TV kan satu jer kat umah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samela kak..my mom pun minat gila dengan sinetron indonesia.. since tv pun satu je n dia yg punya, terpaksa la mengalah je :D

      Delete
  3. hahhahaha . setuju sangat sangat . satu sinetron beratus episod . konflik yang sama je pulak tuu . grrrrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. tapi kan kalau kita perhatikan betul-betul, 90% daripada semua episod tu diorang dok spent on zoom slo-mo muka para pelakon je..

      Delete
  4. tu anggaran je org tu boleh hidup brpa lama..Mcm bljr math dengan sains..

    ReplyDelete
  5. hahahahaha..sangat la betol =) sy mmg xsuke sgt tgok sinetron ni..1lg cter dia neh episod pnyelah pnjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..ingat lagi time mak Fifi dok tengok Nada Cinta..Hari2 Fifi tanya dah habes belom starting from episode 100+ xD

      Delete
  6. Haha! Setuju! Lagi satu yang akak menyampah sangat, bila buat muka terkejut tu bukan main melampau sampai terbeliak biji mata then lama pulak tu terkejut. Hehe~

    ReplyDelete