Monday, May 20, 2013

My Big Brother dan Kiasan-kiasan Beliau




okay kali ni nak cerita pasal my big bro pulak.. well dia lebih tua dari Fifi, tapi serously dia kurus gila. Macam tak cukup makan pun ada.. tapi entry ni bukan nak bincang pasal dia kurus melidi tu, tapi nak ceritakan sikit pasal insiden-insiden tertentu yang dok buat Fifi and famili gelak sakan kat rumah..



Okay, nak dijadikan cerita, abang Fifi dengan kiasan ni macam ada chemistry lah sikit..kalau jumpa je, ada la sparks gitu..




Suatu hari tu, dia drivekan mom ke sebuah pekan. Mom pandai drive tapi malas gila bila bab driving ni, so abang Fifi jadilah driver kehormat dia. (dia twenty time tu)

Sebab drive tu agak jauh la sikit, mom pasang radio. And seperti biasa, tepat jam 5 petang, adala news keudara. Macam-macamlah berita yang dok disampaikan petang tu, tapi ada satu yang spesel sikit.
Pembaca berita tu cakap lebih kurang macam ni, "Seorang doktor ditangkap mencuri tulang ketika banyak pesakit menunggu di luar".

Mom senyap je, abang Fifi pun senyap je. Kira-kira beberapa minit kemudian, my brother dah tak tahan lagi dah so dia tanya, sambil gelak: "Mak, apesal doktor tu curi tulang pesakit? Untuk apa ek? Heran Iz"

Mom terus gelak. Abang Fifi join sama although dia tak tau apesal my mom gelak.
Kira-kira lima minit kemudian baru my mom bole reda sikit gelak.
So mom cakap la slow-slow: "Doktor tu "curi tulang" Iz."
Abang Fifi reply lak: "Tu lah, yang Iz heran sangat- sangat. Sempat lagi nak mencuri tulang pesakit"
Mom sambil gelak kuat-kuat : "Tau ke "curi tulang" tu apa?"
Abang Fifi jawab dengan muka blurnya: "Hah?"
Mom: "Curi tulang tu simpulan bahasa. Ponteng kerja la maksudnya. Tak dengar ke tadi pembaca berita tu cakap banyak pesakit menunggu kat luar? Sebab dia tak kerja la pesakit dok jadi banyak."
Abang Fifi cuma boleh gelak je.



Okay, dalam satu kisah benar yang lain pulak..pelakonnya sama je, my mom and my brother. Tapi kali ni Fifi dok menyibuk sama dalam scene tu.

Seperti biasa, watak abang Fifi kerjanya men-drivekan kreta. mak pulak, jadi mak datin menumpang je kat belakang. Me? Jadi anak mak datin, menumpang sama.
Mom tengah cerita pasal grandma Fifi yang dok suka sangat memanja dengan my mom. Well, tiap kali jumpa my mom asyik pura-pura sakit je nak mintak perhatian. (well kitorang tau dia pura-pura sakit sebab setiap kali my aunt jaga dia, tak pulak dia sakit langsung).

So mom cakap la, dia rimas dengan nenek sebab manja sangat, sampaikan dia nak buat kerja pon susah since my grandma nak my mom temankan dia 24jam. So my abang nasihatkan my mom, jangan dok mengata my grandma macam tu, sabar je.

So my mom reply macam ni: "Tu la,ni kira cubit-cubit tiup la dengan dia tu"
Abang Fifi dengan nada terkejutnya tanya: "Kenapa macam tu pulak??? Kejam gak, tak ke merah badan dia"

Mom and I serentak gelak. Seriusly, memang tak leh tahan bila perasan yang dia dok anggap my mom betul-betul cubit my grandma.
Mom cepat-cepat cakap: "Scene "Curi Tulang" berulang ke ni?"

Apa lagi, kitorang sume gelak sakan.


My brother memang comel like that! :D

No comments:

Post a Comment