Tuesday, May 14, 2013

Interview IPG (TESL) : Kampong Style



So last Isnin Fifi pergi interview IPG bagi TESL kat Miri. Seperti yang Fifi  bagitau sebelum ni, perjalanan tu amik masa selama 10 jam.

Mom and I berangkat ke Bandar Bintulu hari Sabtu dan kitorang stay kat rumah my uncle. Well, dia memang uncle Fifi tapi Fifi lebih biasa panggil dia ‘abang’. Haha, memang kitorang weird sikit.

So sempena interview tu, Fifi buat lah revision sikit on menteri-menteri dan program-program kat sekolah. Jenuh nak menghafal semua, so Fifi give up je la. Yang Fifi hafal is that Tan Sri Muhyidin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran sekarang ni. (haha entah betul ke tidak ejaan nama dia)


So, Isnin tu, kitorang berangkat dari rumah my uncle lepas Subuh. Perjalanan ke IPG Kampus Sarawak Miri tu amik masa lebih kurang dua jam setengah. Mata Fifi all mengantuk tapi kena tahan gak sebab kalau Fifi tidur, takut nanti pening pulak time sampai kat IPG tu. Mom said, kunyah chewing gum kalau tak nak ngantuk, so Fifi dok kunyah chewing gum je sepanjang perjalanan. Nervous gila tau sebab tak tau nak expect apa. Siap pack handkerchief untuk cover takut nanti berpeluh kea pa sebab extra nervous.

So sampai kat IPG tu kira pukul lapan. Alhamdulillah, tak terlewat. So Fifi tengok tempat tu dah full dengan parents and budak yang sama pergi temuduga dengan Fifi.  Fifi dengan my mom pergi terus ke tempat berkumpul tu. Jumpa sorang budak pompuan, comel, and kitorang sembang-sembang sikit. Rupanya compared to kitorang, dia berasal dari tempat yang lagi jauh..16 jam ke IPG tu.

So sebelum pukul 8.30, kitorang dipanggil suruh masuk dewan untuk amik ujian INSAK. Ujian tu senang je, tapi kadang-kadang confusing sikit. Masa cukup-cukup je untuk Fifi siapkan 135 soalan tu.

Lepas tu, kitorang disuruh berkumpul dengan group kitorang. Group tu diorang bagi sendiri, ikut course. Dalam satu group tu ada lebih kurang 5 orang. Dalam group Fifi ada dua orang Malay, dua Iban and sorang Chinese. Kalau ak silap nama yang Malay tu Uzair, Chinese tu Pear (a’ah, buah pear tu!), and the two Ibanese is Annie and Elvis. Fifi sempat chat sikit dengan si Elvis tu je. Kalau tak silap dia dari Sibu. Mula-mula ingat dia Malay sebab muka lawa macam budak Malay je, rupa-rupanya tak. Nasib Fifi simpan dalam hati je thought tu. Haha

So kitorang suruh bergerak ke perpustakaan. Kat sana kitorang jumpa sorang Madam yang agak berusia I guess. And Fifi rasa dia Iban, but memandangkan kitorang amik course TESL, dia guna full English. Fifi tengok semua rakan group Fifi macam serious je speaking, Fifi tryjugak. Huh, hancus lebur je tunggang langgang ayat. Well lantak la, asal Konfiden haha

So kitorang disuruh susun sijil baik-baik ikut yang dia suruh dulu. Budak 4 orang tu, 5 minit dah siap. Fifi lak, 15 minit masih belum siap. Madam pun siap gelak tengok Fifi kelam kabut. Biasala kan, gadis kampong masuk kota haha. So disebabkan Fifi, interview kitorang lambat start. Fifi memang apologized tak habis-habis. Rasa bersalah and malu sangat. Tapi dia cakap takpe. Well, dah orang cakap takpe, shut up je la. So Madam tu Fifi panggil Madam 1 la, ada satu lagi Madam, malay, Madam 2. So Mdam 1 dan Madam 2 suruh kitorang duduk semi-bulatan. Mengadap TV beso. Haha, tak la besar sangat, tapi besar la kan sebab 3 feets je dari tempat kitorang duduk. So sebelum dia dok start pasang video tu, dia tanya kat kitorang, mcm ni la ayat dia:

Madam 1: So I guess you all know that you are going to have to do something after viewing this video right? Have any clue what?
(rasanya macam tu la dia tanya)

So budak lain senyap je, so Fifi terhegeh-hegeh la sikit dok jawab:

Fifi: We will be doing a discussing I guess.

Madam 1 dok senyum je. Lepas tu dia dok correct kan discussing tu kepada discussion. Mak oii, baru perasan, nak berlagak tapi grammar entah ke mana. Fifi rasa nak menyorok je, malu.

Tapi dia teruskan je pasang video tu, lepas dia bagi kitorang paper untuk catat apa yang kitorang akan dapat dari video tu.

Cer teka video apa yang dia pasang? Not gwiyomi atau harlem shake or Gentleman oke! Dia pasang video iklan lagu yang budak sekolah yang selalu dok keluar kat Tv3 tu..lirik dia macam ni
“Terima kasih ku ucapkan padamu…
Atas nikmat..”

Sori k, tak tau lirik apa lagi lepas tu. (untuk pengetahan korang, Fifi lama dah tak tengok benda dipanggil TV ni, since last year memang dah tak tengok langsung. Citer Indon, Malay, Chinese, Korea and Phillipine semua Fifi tak tengok. Berita apatah lagi)

So video tu tunjukkanlah pasal nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, berterima kasih, hormat-menghormati dan banyak lagi. Habis video tu, Madam 1 suruh amik masa 1 minit prepare bahan. So Fifi tulis la apa yang terlintas kat fikiran Fifi. Habis masa 1 minit tu, dia suruh start perbincangan terus.

Fifi tengok ahli group Fifi dan diorang tengok Fifi balik, takda yang offer nak mulakan perbincangan. So Fifi dengan muka tak malunya mula la merapu pasal video tu. Kira macam ni la ayat Fifi:

“In my opinion, the video just showed the good qualities that all Malaysians should have to create a better country which is harmony and peaceful.”

Belum sempat nak sambung ayat seterusnya, budak yang nama dia Annie tu dah sambung dah. Well, Fifi tak kisah sebenarnya dia cepat sangat sambung tu, sebab sebenarnya taka da idea lagi nak buat ayat seterusnya. So diorang pun start la bercakap cakap secara bergilir. Habis giliran budak last tu Fifi tunggu sape yang nak bagi idea lagi. Sebab tak tahan dengar bunyi cengkerik yng wujud bila takde yang sudi nak menyambung ayat si Elvis (budak last tu) so Fifi pun cakap la pasal nilai murni lain: bantu membantu. So budak Chinese called Pear tu sambung ayat Fifi, potong line si Annie tu. Lepas tu si Annie sambung pulak ayat si Pear. Lepas Annie habis bentang pendapat dia, Fifi tunggu la budak laki dua orang tu sambung, tapi diorang senyap je. So Fifi sambung la bercakap lagi. (idea berterabur je, tapi better daripada senyap je.) So in the end of ayat Fifi, Fifi tanya la pendapat diorang atas apa yang Fifi cakap. Bukan apa, takut dilabel memonopoli perbualan pulak. Menyesal tanya, sebab si Pear dok tanya point Fifi. Huh, seriously, Fifi sendiri pon tak paham point Fifi. So Fifi putar-putar la point tu sampai ke point

“pulling the children out of the hole they are in”

Cewah, ni nak buat novel cinta atau ape? ayat memang tak sesuai untuk bentangkan fakta  but who cares right. Dua-dua Madam gelak je kat Fifi.

So untuk bahagian Individu tu, diorang tak suruh masuk sorang-sorang, diorang teruskan dari perbincangan tu je except that diorang tanya sorang-sorang soalan-soalan ni:

1. Why do you want to be a teacher?
2. What are the other proffessions that you’re interested in?
3. Did you apply for other things too? (Universities and jobs)
4. How many siblings do you have?

So Fifi jawab la semua. Tapi interviewers memang gelak habis-habisan sebab jawapan Fifi kurang fakta, lebih kepada poetic gitu :D

Dah habis semua soalan dijawab, interviewers cakap sampai sini je session kitorang. Sume dok heran. Sesi individu mana? So Fifi dengan tak tau malunya tanya la bagi pihak kitorang (English berterabur lagi!) and dia cakap that’s it. Sebab lega sangat, terkeluar lah ayat ni dari mulut Fifi:

“That is so cool!” childish gitu, sikit lagi rasa nak melompat je sebab diorang takde tanya pasal menteri cabinet bagai. Sume, termasuk interviewers gelak je. Lepas tu kitorang bersurai. Sorang budak tu dok bersalam dengan interviewers, tapi Fifi tak Fifi ucap thanks je, sebab tangan sweaty gila sebab nervous, so better berambus je daripada membasahkan tangan diorang :D

P/s: bagi yang bakal pergi interview tu, pastikan jangan keluar tajuk k! kawan Fifi ada yang kena sound tau, sebab lepas tengok vid, diorang dok cakap pasal diri diorang although interviewers tanya pasal video tu. Dengar betul-betul soalan, dan pastikan korang cepat rebut peluang bercakapa 

Good luck!

4 comments:

  1. nawwar kena tajuk jiran tetangga. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow..susah gak tu sebab kalau kena tajuk tu Fifi macam takda idea nak elaborate :D anyway, best ke interview tu?

      Delete
  2. Hi fifi. I need your help since you dah experienced on ipg interview, could you givee some ideas on what should i write on my pernyataan hasrat form? Im out of my thoughts. Im going to the interview next monday, 9th may. Help me 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi there Nurfadhilah :)
      I'm sorry but I'm unable to help you with that because I don't even remember what I wrote dalam my borang - and whatever it is, ialnya mungkin some nonsense sahaja yang penuh dengan rapuan tak masuk akal :D sorry k? all the best with yr interview! :)

      Delete