Sunday, March 24, 2013

Fifi + SPM = IPTA???

Cewah, tajuk bukan main lagi kan..ala2 formula math gitu.. So Fifi dapat result last Khamis, sama gak macam budak lepasan SPM 2012 yang lain.. Keputusan? Kalau korang tanya mak Fifi, mesti dia cakap result Fifi bagus je (biasalah kan, kalau cakap dia kecewa mesti Fifi frust gila :D).. So sebab Fifi nak bagi korang sendiri jadi judge, kat bawah ni Fifi letak result Fifi (tak ada masa nak ambik gambar slip :D):

Kira okaylah result ni kan, walaupun tak seterer korang. Kredit jugak kan?? :D


Honestly, Fifi tak tau macam mana Fifi rasa tentang result tu.. Fifi tau Fifi boleh buat better (ceh, ayat skema tu!) tapi Fifi pun tahu gak yang Fifi deserves result tu. (p/s: kalau korang nak tahu, Fifi student luar bandar, so sekolah kecik je and cikgu tak garang - so Fifi selalu lah jugak ponteng sekolah, seminggu mesti ada sehari tak hadir - kelas tambahan lak, jarang cikgu tengok muka Fifi :D)

Panjang pulak Fifi bercakap pasal tu ek *bosan*. So, kita terbang balik ke tajuk entry tu (untuk korang yang dah lupa, tajuk dia  FIFI + SPM = IPTA ek!), Fifi nak pergi mana lepas ni???? Kalau korang tanya Fifi, Fifi memang tak ada idea. Fifi dah tanya mak, mak pun tak tau. Fifi tanya kakak Fifi, kakak pon tak tau. Auntie Fifi cakap, apply pergi UNIMAS atau tunggu tawaran maktab (ceh, macam lah orang maktab tu pandang sangat result Fifi tu -.-)

Memang Fifi konfius gila dah ni, nak pergi mana lepas ni. Haritu Fifi isi borang UPU, apply TESL and stuff related to pendidikan. Fifi tak minat dengan pendidikan ni, tapi Fifi minat English..Nak apply med or engineering lak macam bazir masa je (bagus give up je kalau tau memang akan kena tolak).. Sekarang ni memang pening sangat-sangat.

Fifi tak lah teringin sangat nak masuk U, tapi form 6 kat area tempat tinggal Fifi takda tawarkan subjek menarik (xda aliran sns, ada geo, sas dan eko je *walau otak lembab, Fifi minat sns -.-). Nak mintak kerja lak, Fifi muda lagi, memasak pun tak pandai, macam mana nak hidup sendiri jauh kat semenanjung  (Fifi budak Borneo :D)..

Huh, konfius konfius konfius!!!

2 comments:

  1. sama lah kite, 7A..hee
    Masuk matriks lg ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fifi takda mohon matriks (+ maybe xlayak kot).. awk msk matriks ke?

      Delete