Saturday, March 23, 2013

Cerpen: Gugurnya Dosa Semalam



   “Maaf nak, boleh pakcik tumpang tanya? Kat mana boleh pakcik dapatkan bas untuk ke Kampung Teratai, Sarikei? Pakcik hendak ke sana.” Aku terkejut apabila tiba-tiba seorang lelaki tua menyapaku ketika aku sedang melangkah keluar dari klinik milikku. Kampung Teratai merupakan tempat aku dibesarkan. Sudah lama aku tidak ke sana dan kebetulan juga aku hendak ke sana untuk melawat kubur arwah nenekku. Aku mula memfokuskan pandanganku ke arahnya. Pandanganku jatuh ke mata coklat miliknya. Matanya mengingatkanku kepada seorang lelaki yang pernah ku kenali.
   
   Pertemuanku dengan Cikgu Arsyad ketika aku berada dalam tingkatan lima bermula dengan tiga hayuan rotan memedihkan ke kaki kananku.
   “Papan hitam itu untuk kegunaan para guru mengajar, bukan untuk hobi melukis kamu, sekarang duduk kat tempat kamu!” ujarnya tegas. Wajahnya kelihatan sangat bengis pada pandanganku. Aku ke tempat dudukku dengan perasaan geram.
   Sejak kejadian itu, Cikgu dalam usia 30-an itu seolah-olah menyimpan dendam terhadapku. Pernah sekali aku terlupa untuk menghadiri kelas tambahan yang diadakannya. Banyak pelajar lain yang turut tidak hadir kelas itu, namun cikgu Azman hanya menghukumku seorang. Alasannya, aku tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Tiga hayunan rotan menjadi habuan tangan kananku, dan aku terpaksa mengahdiri kelas tambahan lebih kerap daripada pelajar lain.
   Tidak cukup dengan kejadian itu, aku juga pernah dipaksa berdiri di luar kelas selama dua jam di bawah matahari terik semasa kelasnya. Semuanya adalah gara-gara aku telah meniru rakan sekelasku semasa membuat latihan yang diberikannya. Semakin hari, peerasaan benciku terhadapnya semakin membara. Walaupun kesalahan yang kulakukan hanyalah kecil, namun hukuman yang dikenakan agak melampau.
   Layanan Cikgu Azman membuatkan aku cuba mengelak daripada menghadiri sekolah. namun wajah tua milik nenek yang mengharapkan aku belajar bersungguh-sungguh memaksaku memendam perasaan. Pelbagai layanan buruk yang diberikan Cikgu Azman kepadaku mula membakar semangatku untuk belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya pada Mac 1990, aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Aku mendapat A2 bagi subjek matematik yang jarang sekali aku lulusi. Aku berasa sungguh bangga kerana akulah pelajar paling cemerlang pada tahun itu. Aku cuba mencari Cikgu Azman, hanya sekadar untuk melihat wajah kelatnya ketika mendapat tahu bahawa aku yang selalu direndah-rendahkannya telah Berjaya mendapat A2 bagi subjeknya. Namun, aku hampa kerana pada hari itu Cikgu Azman tiada.
    Tidak lama Selepas itu aku menyambung pelajaran di United Kingdom dengan biasiswa yang kuterima, setelah nenek meninggal dunia. Selepas lima tahun di United Kingdom, aku pulang ke Malaysia. Aku mengambil keputusan untuk bekerja dan menetap di Kuching.
 
“Anak tahu ke tempat itu?” soal lelaki tua itu lagi, mengejutkanku daripada imbas kembaliku yang panjang. Aku hampir terlupa bahawa lelaki tua itu ada duduk di sebelahku. Wajahnya yang mirip Cikgu Azman mendesakku untuk bertanyakan identitinya.
   “Ya. Pakcik ni, Cikgu Azman ke?”
   “Ya, bagaimana anak tahu? Anak ni siapa?” Wajah tua penuh kedut itu berkerut. Aku hanya menarik nafas yang panjang. Pertemuan itu sungguh tidak ku sangka. Aku tersenyum kelat, tidak tahu bagaimana aku hendak  menerangkan siapa diriku.
   “Saya penduduk kampung yang sama. Saya pun hendak ke sana skrg ini, kalau cikgu nak, ikutlah saya,” lancar sahaja mulutku mencadangkan perkara itu. Entah apa yang merasukku untuk mencadangkannya.
   “Tak menyusahkan ke? Lagipun kita bukannya kenal rapat dan cikgu tidak ada wang banyak,” ujarnya lagi. Kata-katanya tidak kuragui. Namun, wajah tuanya mendesak jiwaku untuk membawanya bersama.
   “Tidak mengapa, jomlah.” Kami memulakan perjalanan stelah menjamu selera.
 

“Anak ni siapa sebenarnya? Wajah anak macam cikgu kenal sahaja.” tanya Cikgu Arsyad, memulakan satu lagi perbualan.
   “Hanya anak kampung yang bekerja kat bandar.” Aku masih merahsiakan identitiku kerana takut untuk menghadapi reaksinya sekiranya kebenaran terbongkar.
   “Cikgu pun sudah lama tidak pulang ke kampung. Wajah anak mengingatkan cikgu kepada seseorang.” Dapat kurasakan dia hampir mengecamku.
   “Mesti orang tu agak bermakna dalam hidup cikgu kan? Perjalanan kita ni agak panjang, kalau cikgu tak keberatan, ceritakanlah kepada saya,” pujukku. Entah mengapa, aku yakin orang yang dimaksudkan ialah aku.
   “Cikgu tak keberatan, asalkan kamu sudi mendengarnya.”
   “Ceritakanlah”
   “Cikgu mengenali Adam pada tahun 1987, ketika itu cikgu guru kelasnya. Pada hari pertama persekolahan tahun itu, nenek Adam telah menemui cikgu. Keluarga Adam sangat daif namun nenek tua itu sangat mementingkan pelajaran cucu tunggalnya itu. Mata neneknya berair ketika memaklumkan bahawa di ingin menangguhkan pembayaran yuran kerana dia kesuntukan wang pada masa itu. Kerana kasihan akannya, cikgu membayar yuran Adam dengan wang cikgu sendiri,” aku terkejut dengan kenyataan itu. Tidak kusangka, CAlah yang telah membayar yuran sekolahku tahun itu.
   “Adam sangat lemah dalam pelajaran, terutamanya subjek matematik. Kerana kasihankan nenek Adam, cikgu sering memberikan tumpuan yang lebih buat Adam. Namun, Adam sering tdak hadir ke kelas tambahan yang cikgu adakan. Kadang- kadang cikgu sedih kerana usaha cikgu tidak Adam hargai. Segala hukuman yang cikgu berikan untuk mendidiknya dianggapnya seksaan. Cikgu tahu dia membenci cikgu, tapi cikgu ambil berat akannya dan kejayaannya. Cikgu berusaha mendidiknya agar dia e,erlang dalam pelajaran. Cikgu tidak mahu masa depannya menjadi gelap kerana cikgu tahu dia merupakan budak yang baik, terutamanya dengan nenekya. Cikgu terharu dengan sikapnya yang tidak pernah mengadu walaupun hidup susah.” Aku berasa tersentuh dengan kata-kata itu. Mataku terasa hangat.
  “Adam seorang yang bertuah kerana mendapat guru seperti cikgu.”
   “Cikgu hanyalah menjalankan tugas cikgu sebagai guru. Hanya itu yang dapat cikgu lakukan untuk membantunya. Sebagai guru, Cikgu hanya ingin dia berjaya kerana dia berhak mendapatkan kejayaan. Akhirnya, walaupun sering mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan sekolah, dia cemerlang dalam SPM. Cikgu berasa sangat bangga akannya ketika mendengar kejayaanya itu. Tidak cikgu sangka, air mata cikgu gugur kerana gembira pelajar cikgu telah berjaya.” Air mataku mula mengalir laju. Tidak kusangka begitu mulia hati Cigu Arsyad.
   “Namun, cikgu tidak dapat mengucapkan tahniah kepadanya pada hari itu kerana cikgu demam teruk selama dua minggu. Setelah cikgu sembuh, dia telah pergi manyambung pelajaran di luar negara. Cikgu hanya mendoakan dari jauh kejayaannya.” Aku semakin sebak mengenangkan betapa aku telah salah faham terhadapnya selama ini. Keadaan mula senyap.
   “Inilah rumah cikgu. Cikgu tinggal seorang diri kerana cikgu tiada cahaya mata dan isteri cikgu sudah tiada.” Ujar Cikgu Arsyad setelah tiba di hadapan rumah beliau. Aku keluar dengan diikuti Cikgu Arsyad. Aku terus memeluk Cikgu Arsyad.
   “Cikgu, ini saya, Adam.” Cikgu Arsyad kelihatan terkejut dengan pengakuanku. air matanya mengalir laju memandangku.
   “Adam, kenapa tak bgthu ckgu awal_-awal? cikgu gembira dapat berjumpa dengan awk smla.” Cikgu Arsyad memelukku kembali dengan lebih erat.
  “Saya minta maaf atas segalanya tindakan saya yang telah menghiris hati cikgu. Terima kasih atas semua yang telah cikgu lakukan untuk saya,” ucapku ikhlas.
    “Sudah lama cikgu maafkan.”
   “CIkgu tinggallah dengan saya, supaya cikgu tidak keseorangan. Saya amat menghargainya jika cikgu bersetuju.” Cikgu Arsyad senyum kepadaku dan mengangguk. Senyuman manis itu membahagiakanku. Aku berjanji bahawa aku akan membalas segala pengorbanan beliau untukku selepas ini.


Terima kasih semua sebab sudi baca cerpen Fifi. Typo harap dimaafkan.

Okay semua, hari ni Fifi nak postkan je cerpen Fifi ni kat sini. Fifi dah lama dah tulis cerpen ni, last year, masa Form Five. Masa tu ada pertandingan menulis cerpen sempena hari guru. Kawan Fifi, Em, nak ikut jugak..tapi dia segan, so Fifi setuju ikut jugak sebab nak galakkan dia. Fifi siap tulis pakai tangan sebab takda printer. Dia budak sastera, so memang berbakat menulis ni, Fifi lak memang kurang berbakat tulis cerpen BM ni..tapi demi dia Fifi cuba jugak.. Fifi buat cerpen ni dalam masa dua jam je sebab buat lama-lama pun sama je hasilnya.. Tapi, lepas submit cerpen tu, si Em tu cakap dia tak jadi nak ikut contest tu. Mula-mula tu adalah sikit bengang kat dia, tapi Alhamdulillah xlama marah tu.. So, macam tu lah ceritanya macam mana cerpen ni terhasil.. :D

p/s: untuk pengetahuan korang, cerpen ni dapat tempat pertama (tak sangka sungguh!!!!) dan yang lagi bestnya, Fifi satu-satunya budak Form Five yang menang sebab the rest hadiah kena bolot dengan budak Form Six..and Fifi satu-satunya bukan budak sastera yang ikut contest tu :) Syukur sangat-sangat sebab Fifi sedar cerpen Fifi banyak kekurangan dia... :)

2 comments:

  1. Bext cerpen awak. Saya pun suka tulis cerpen jugak. Tapi saya buat tak macam cerpen. Jadi saya namakannya cerpan ( cerita panjang) Kalau sudi baca lah dan tinggalkan komen ^_^

    http://boladuri.blogspot.com/2012/10/pembaharuan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi baca cerpen kanak2 fifi :3

      Delete