Tuesday, January 8, 2013

Tips Menguasai Bahasa Inggeris aka English

Okay budak-budak sekalian, since I ni agak free dan rasa baik hati je, I nak tolong you guys improvekan English you guys...

Bukan nak membanggakan diri atau apa, tapi, English ni senang je bagi I... (p/s: senang memanglah senang, tapi tak semestinya English I perfect!)

So, post ni untuk membantu korang yang ada masalah atau kurang faham English. Jangan salah faham pulak, ni bukannya post untuk membantu yang nak dapat A+++ dalam English, just untuk membantu korang agar dekat sikit nak capai A+++ tu :D

First of all, bagi korang yang benci English dari kecik tu, bukak mata LEBAR-LEBAR. English ni best!
(Dulu kan, I pun tak suka sangat-sangat English ni. Kalau tengok cerita omputeh, terus blur. Time darjah satu, nak menangis cuba bezakan antara triangle dengan rectangle, konfius gila. Sampai darjah tiga, tak faham langsung apa yang cikgu explain kat depan)

English ni penting tau! (penting sangat sangat kalau korang jenis yang ambitious, like me!). 




Walaupun korang tak tinggal kat bandar, English tetap penting tau!
(Btw, I tinggal kat hutan, somewhere in Sarawak (for real!))



Mak I tak tau langsung cakap omputeh ni, tapi bapak I terer sikit pasal dia guru English...
(Oh, before korang tersalah faham, I tak belajar English dari dia..coz cancer killed him awal sangat)

OMG, melencong lak I ni, sorry... English ni penting coz kita tak tau kan future kita macam mana..walaupun selalu gagal Sains, mana tau kan boleh jadi Saintis nanti. Nak kena speaking time tu..
Kerja kat kampung (macam I) pun kena speaking gak, mana tau kan kot-kot ada billionaire omputeh datang melawat nak bagi duit nanti ke..




Okay, back to the topic of improving English...

First of all, GRAMMAR!

No, I taknak cakap pasal adjective, verb, noun dan lain-lain dengan korang, sebab even I pun tak kisah sangat dengan benda tu... tapi tak bermakna diorang tak PENTING!



So untuk memudahkan korang daripada terbabas jauh sangat dengan grammar ni, ikut je rule yang I dah buat ni...




Firstly, beli kamus english-malay-english!
(kalau korang takde kamus and expect nak dapat gred yang bagus untuk English ni, sorry to say, susah gila kerja tu UNLESS korang memang tinggal dengan orang yang fluent English dia. So bagi yang tak tu, GUNA elok-elok kamus korang)

Tapi, kalau Internet connection korang oke je, guna je online dictionary (fast and furious, tapi untuk pengetahuan korang, I stick to my dictionary sebab paperback rasa lebih real :D)




Dah beli tu pulak, jangan jadikan hiasan meja lak, tak cantik and mostly MEMBAZIR je!

So cammana nak guna??

Untuk kamus Oxford, kat dalam tu kan ada nyatakan jenis perkataan sau-satu. Ala, yang noun, adjective, verb dan lain-lain tu. Ha, tu lah aspek penting dalam my lesson today (cewaah, rase macam cikgu lah pulak :D). Korang pilih lah perkataan perkataan yang korang suke and then tengoklah, bile dioarang guna perkataan tu. 




Setiap kali korang baca something dalam English, korang perhatikanlah kat mana diorang guna perkataan tertentu.

Tak faham?

Okay, let me terangkan then.

Contohnya perkataan 'to'. Lepas perkataan tu, boleh guna verb dan noung arah je (kata kerja dan kata nama tempat) je. Yang verb tu pulak, jangan sibuk-sibuk nak tambahkan huruf 's', 'ed', atau 'ing' kat belakang dia. Contohnya 'cook'. Cukup dengan 'to cook' je. kalau korang guna 'to cooks' , 'to cooked' atau 'to cooking', better lupakan je nak excell English ni.




Next, kalau korang bercerita pasal benda yang dah berlaku, guna PAST TENSE (past = dah lepas), kalau yang sedang atau belum, guna je PRESENT TENSE (present = now!)

Jangan nak bingung lak pasal past tense, present tense, dan lain-lain tense ni.
relax je, sebab senang je nak paham.

Kalau akan berlaku, guna 'to'
kalau dah berlaku, tambah 'ed' kat belakang verb tu.
kalau sedang berlaku tu, tambah 'ing' kat belakang verb.

Contohnya verb kita ialah 'cook'
dah berlaku: I cooked
sedang berlaku: I am cooking.
akan berlaku: I want to cook.

Senang kan????!




lesson kita tak habis lagi, so relax k...

Bagi yang teruk sangat-sangat dalam grammar ni, jangan susah hati pulak...

tips I:
Buat ayat pendek-pendek je.
(makin panjang, makin banyak error)




Okay, next lesson on Grammar:

plural and singular nouns:

kalau benda tu lebih dari satu, guna 's'.
kalau satu je, tak payah letak 's'
tak dapat nak kira? jangan letak 's' gak

I, you, she, he, they

lepas 'I', selalunya gunakan 'verb' yang sesuai.
I eat, I cook, I read...
lepas 'I', jangan bizi-bizi nak letak 's'
I eats, I reads
tapi, kalau dah berlalu cerita tu, dipersilakan letak 'ed' kat belakng verb tu
I cooked, I ate, I read
(eat= ate, read=read, cook=cooked)

lepas 'you' pun sama macam I gak

Lepas 'she/he' lak berbeza sikit, kena tambah 's'
she/he eats, she/he reads. she/he cooks
untuk past, tambah 'ed' macam yang 'I' dan 'you' gak 


Untuk 'they' pulak, ikut je rule untuk yang 'I' dengan 'you' kat atas





Okay, habis dah lesson untuk grammar...

Moving to survival mode pulak...




Firstly, baca buku banyak banyak... Buku cerita, novel romance ke, buku kanak kanak ke, majalah ke, atau apa-apa je dalam ENGLISH. tak paham? sebab tu lah kena baca!

Still tak paham?

okay I pun sama, banyak perkataan yang I jumpa yang I tak faham sangat, tapi I guna kaedah 'assumption'. Baca ayat tu ulang-ulang kali lepas tu teka maksud dia. Dah tu, bukak KAMUS dan cari maksud dia. Meletihkan kan? Memang pun! Tapi kan, kalau kita minat buku tu, 'curiosity' meningkat!
(I minat romance novels, so I cuba lah sunggu sungguh nak fahamkan cerita tu, romance novels English banyak yang better dari yang Malay)
So cari bahan bacaan yang korang minat dalam English, pasal kpop ke, pasal religion ke, pasal kahwin ke, pasal dating ke, pasal apa apa je.

Cari yang ringkas k, lepas tu move ke yang tebal-tebal.




Next, Twitter!
(my favorite)
What's with Twitter?
I belajar English dari Twitter!! (seriously, cikgu I bukan nya mengaar pun dalam kelas, asyik cakap pasal novel literature je, sebab tu banyak student failed English kelas I dulu)
Cammana lak nak belajar guna Twitter?
Senang je, follow mana-mana quote account, yang funny dan menarik and the n baca hari-hari. Perhatikan bila diorang guna I, you, they, past tense, present tense, dan lain lain perkataan.
Menghiburkan!
Dah kaji tu pulak, tweetkan korang punya luahan hati dalam ENGLISH.
Selain tu, cuba communicate dengan tweep dari negara luar yang speaking English.
Segan? Me too, tapi tu dulu. Sesetengah tu, memahami, dan tak kisah sangat dengan broken English.
Lagipun dapat kawan baru :)




Next pulak, lagu!
Dalam mendengar lagu English, cuba cari maksud dia...
Taylor Swift, Katy Perry, One Republic, One Direction dan lain lain tu bagus je lirik lagu diorang, 
kaji dan nyanyikanlah lagu tu siang malam



Next pulak,

Speak in English sekerap mungkin. Dengan kawan, dengan famili, dengan cikgu, dengan diri sendiri (haha macam gila pulak). tak kisah lah banyak error, at least lambat laun kita akan improve English kita
TAPI, jangan biasakan diri dengan slang dan singkatan, tu namanya MEMBUNUH asas English korang.
Okay, bagi yang segan sangat sangat nak speaking English tu, cuba buat poem cinta.
try!!!
And kalau nak communicate dengan orang lain tapi segan sangat-sangat, contact me. I ni friendly sangat-sangat. And memandangkan I ni asal nya memang tak paham langsung English ni, I okey je kalau korang tak speaking fluently, I suka je tengok orang yang ada effort untuk improvekan diri.




Next pulak, 
Tulis diary dalam English.
sesekali tu bukaklah kamus, dan guna lah perkataan yang menarik dalam ayat korang. yang comel-comel macam 'glimmer', 'sparkle', 'dazzle', 'coffee' dan macam macam lagi.

Okay, sampai sini je lesson untuk kali ni, ada apa apa soalan, tanya terus.

Kalau ada masa, I akan revise lagi mana-mana tips yang tertinggal




3 comments:

  1. Nice...adelah faham kit 2...thank sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome :)
      anyway, thanks for dropping by :)

      Delete