Tuesday, September 25, 2012

Recap: Nice Guy Episode 3

Nice Guy Recap Episode 3

Wah so I survive episode ni jugak… tahniah kepada I k… (dah orang tak nak puji, terpaksa I puji diri sendiri, it may sound weird but admit it, you do this too right? Lol)
To me this episode is pretty cute, comel bak kata google translate… moment pertemuan Eunki dan Maru starts episode ni. Dan the evilness of Jaehee makin menjadi-jadi episode ni…okay, tak nak cakap banyak dah, terus ke episode 3 je k…

[tak payah nak merungut-rungut pasal I punya bahasa k, I dah cuba sehabis baik guna bahasa yang paling tepat… tapi kalau nak bagi nasihat membina boleh je komen kat bawah… J ]



Episode 3 ni bermula dengan imbas kembali peristiwa sebelum cliffhanger episode lepas. Eunki cuba untuk mengajak para pekerjanya berbincang sementera mereka mendesaknya meletakkan jawatan sebagai pengarah esekutif syarikat tu. Last last dia kena baling dengan telur… (kesiannn). 




Ketika dia mencuci rambutnya, suara Maru kedengaran (macam yang voiceover tu lah) menyenaraikan perwatakan Eunki. “Eunki merupakan waris utama perusahaan Kumpulan Taesan dan sekarang ini berkhidmat sebagai Pengarah Esekutif kumpulan tu. Dia seorang yang kasar, sombong, cerewet dan dingin. Dia tidak mempunyai sebarang kawan dan sebarang hobi. Shopping, wayang, muzium, dan bermain golf…itulah gaya hidup sosialnya. Satu-satunya hobi Eunki ialah motorbiking (baha melayu apa ek?)

Eunki kemudiannya mengeluarkan patung barbienya dan melemparkan sebuah senyuman dengan lembut kearah patung itu dan mengajaknya untuk sama-sama menunggang motorbikenya. (she’s that lonely?!)



Sementara Maru menunggang motorbikenya, penghujung pertemuan antara Jaehee dan Maru di balai polis sebelumnya dipaparkan. Maru yang pada mulanya membisu membuka mulutnya untuk bertanya kepada Jaehee bagaimanakah keadaannya di dunia (gaya hidup glamor dan mewah) di mana Jaehee sedang hidup. Dia membahasakan Jaehee sebagai ‘Puan’ dan bertanya bagaimanakah gaya hidup Jaehee sehinggakan dia sanggup memerangkap lelaki yang tak bersalah dan memusnahkannya, membuatkannya hilang kerasionallannya dan menghancurkan keinginannya untuk hidup.




Jaehee tidak menjawab soalan Maru tetapi sebaliknya menyoal Maru kembali. Apakah seorang sepertimu akan mampu untuk membayangkannya? (honestly this woman really need to get down back to Earth!)




Kita seterusnya kembali ke scene di mana Eunki hampir jatuh ke jurang. Maru Berjaya menarik Eunki naik semula namun Eunki berusaha untuk kebawah semula untuk mendapatkan motosikalnya. Maru menganggap Eunki gila kerana cuba untuk mendapatkan kembali motosikal itu dengan susah payahnya sedangkan motosikal itu boleh diukar ganti. Maru cuba untuk menariknya kembaali secara paksa namun dia menangis mengatakan bahawa patungya ada di bawah sana. Dia menangis dan menjerit meyebut perkataan ‘emak’ (in Korea lah.. lol).




Maru akhirnya memahami tindakan Eunki dan menawarkan diri untuk mengambilnya untuknya. Dia menuruni jurang itu menggunakan tali, namun apabila dia mencapai patung itu dan menunjukkannya kepada Eunki, tali itu tiba-tiba putus menyebabkannya jatuh.




Di hospital, Eunki menunggu dengan agak cemas di ruangan menunggu. Seorang doctor kemudiannya keluar mengatakan bahawa Maru telah mengalami kecederaan sedikit pada kakinya dan tulang rusuknya patah. Namun dia akan baik-baik sahaja. Apabila diatnya tentang hubugan mereka, Eunki menyatakan bahawa dia tidak mengenali Maru. (ingat tak time kat plane tu Maru selamatkan dia? Time tu dia tak sedarkan diri so inilah kali pertama dia jumpa face-to-face dengan si Maru ni)


Maru sedang tidur berehat di dalam biliknya. Sewaktu bangun, dia mendapati bahawa Eunki sedang merenunginya dan perkataan pertama yang keluar sari mulutnya ialah mengenai Maru memunyai motif tersendiri dalam menyelamatkannya. Dia merasakan mungkin Maru menolongnya untuk mendapatkan sebarang wang darippadanya. Maru yang sepertinya sudah sanga mengetahui tentang sikap Eunki ini bertanya kepadanya, adakah ibu bapanya telah mengajarnya untuk kekal keras kepala dan bersifat dingin apabila dia berasa berterima kasih kerana sepatutnya Eunki berterima kasih kepadanya atas apa yang telah dilakukannya.




Maru mengajarnya bahawa jika dia berasa berterima kasih, dia patut mengucapkan ‘terima kasih’ dan apabila dia telah melakukan kesilapan, dia patut meminta maaf. Dia mengatakan bahawa ibu bapanya bukanlah orang yang terpelajar namun mereka mengajarnya tentang adab dengan baik. Eunki tampak erkejut sengan teguran itu. Maru seterusnya mengatakan bahawa dia melakukan apa yang telah dilakukannya atas kehendaknya sendiri, maka bermula dari sekarang, mereka patut berpura-pura bahawa mereka saling tiak mengenali. Dia menghalau Eunki keluar kerana dia ingin berehat. Dia berjalan keluar sedikit terhincut dan mengingat kembali saat Maru menyelamatkan patungnya. Dia ragu-ragu akan kebenaran kata-kata Maru. (tak logic kan kalau someone selamatkan kita camtu je?)




Jaehee mengimbas kembali pertengkaran di antara Eunki dan Pengerusi Seo. Rupa-rupanya dia telah mencri dengar perbuaan mereka sebelumnya. Dia tersenyum mendengar bahawa Pengerusi Seo bercadang untuk menggantikan kedudukan Eunki dengannya dan anaknya, Eunsuk. Dia tersenyum dan memeluk Eunsuk, memberitahunya bahawa sekarang ini mereka merupakan pewaris harta Pengerusi Seo. (I. Hate. This. Evil. Woman. Period.) dia memberitahu Eunsuk bahawa dia perlu berusaha untuk menguasai semuanya dan tidak membiarkan sesiapapun merampas apa yang menjadi miliknya.




Seorang lagi peguam keluarga Seo, Peguam Ahn memerhatikan Jaehee dari jauh. Keihatnnya seperti pandangan itu sangat bermakna. Dia tahu bahawa Joonha sedang menyelidik tentang masa lampau Jaehee dan Maru daripada Sekreteri Jo, sekreteri keluarga itu. Dia memastikan bahawa Sekretari Jo berada di pihak Jaehee. Sektretari Jo enggan bekerjasama dengan Joonha dan berpura-pura tidak mengetahui hubungan Maru dan Jaehee. Namun Joonha jelas kelihatan ragu-ragu dengan kenyataan beliau.




Dalam satu makan malam di rumahnya, Eunki pula kelihatannya gagal melenyapkan Maru daripada kepalanya. Dia masih memikirkan siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Maru itu. Makan malam itu seperti biasanya turut disertai kedua-dua peguam keluarga itu. Peguam Ahn kemudiannya mendapat panggilan daripda seorang doctor yang mengatakan bahawa Eunki telah disahkan sebagai penderma organ kepada Pengerusi Seo yang kurang sihat. 

Pengerusi Seo pula bertindak menghina niatnya untuk membantu dengan mengatakan bahawa dia tidak patut sibuk hendak membantunya memandangkan dia sendiri pun mempunyai banyak masalah (dengan protes daripada pekerja syarikatnya yang ingin mengusirnya keluar daripada syarikat itu)



Jaehee yang sedar bahawa tindakan Eunki yang cuba untuk menderma organnya kepada Pengerusi Seo adalah untuk tujuan berbaik-baik dengan Pengerusi Seo. Dia pun dengan pura-puranya menyokong kata-kata Pengerusi Seo, mengatakan bahawa Eunki patut mendengar kata-kata Pengerusi Seo. Nada suaranya lembut, seperti seorang ibu lagaknya. (however, she is too young to be Eunki’s mom!)




Bagi kepentingan dirinya sendiri, Jaehee cuba untuk memanipulasi keadaan itu. Dia mengatakan bahawa Eunki ialah satu-satunya anak Pengerusi Seo yang akan mewarisi syarikatnya, maka dia sepatutnya mengambil berat akan kesihatannya. Kata-kta kedengaran seperti benar kepada Pengerusi Seo namun semua yang ada tahu bahawa dia hanya ingin kelihatan baik di hadapan Pengerusi Seo.




Untuk menambahkan lagi perasa ke atas lakonannya, Jaehee menyatakan bahawa dia ingin melakukan ujian penderma organ juga untuk menjadi penderma organ kepada Pengerusi Seo memandangkan keadaan kesihatan Eunki kurang baik. Lagipun, dia merasakan bahwa berbanding Eunki, dirinya tidaklah terlalu berharga. (OMG, I am throwing a jug of water in your face!).dia kemudiannya menaawarkan diri untuk memotong steak buat Pengerusi Seo. Eunki jelas menyampah dengan sikap kepura-puraannya.


Pengerusi Seo kelihatan terpedaya dengan taktik Jaehee dan cuba untuk memasukkan namanya sebagai pemilik sebuah pusat membeli belah yang akan dilancarkan syarikat mereka. Jaehee dengan lembutnya berpura-pura menolak mengatakan bahwa dia hanya melakukan apa yang sepatutnya sebagai seorang isteri. Dia turut menyatakan bahawa Pengerusi Seo tidak perlu membayar nilai kasih sayangnya. (I feel like I want to throw up right now!)
(OHH…… I hate this fox! Someone please give her a high five in the face, with a freaking flower pot!)




Eunki kemudiannya mendapat tahu bahawa ayahnya akan berkahwin secara rasmi dengan Jaehee dan sebuah majlis pernikahan yang meriah akan diadakan bagi memperkenalkan Jaehee. Dia kemudiannya menemui semula patung barbienya yang telah jatuh bersama dengan Maru awalnya.Dia merenung patung barbienya dan teringat akan saat di mana ibunya memberikannya patung itu sebelum melangkah keluar dari rumah itu.



 Dulu Pengerusi Seo pernah merampas semua anak patungnya tapi ibunya telah Berjaya menyelamatkan satu patung untuknya. Ketika ingin pergi, ibunya telah mengajaknya untuk ikut sama namun dia enggan. Dia ingin bertahan di rumah itu untuk menang dan menghancurkan sesiapa sahaja di bawahnya. Dia tidak ingin menjadi seperti ibunya yang melarikan diri dan mengaku kalah begitu sahaja. Dia ingin menang. (to fight her cruel dad I guess).




Setiausahanya memaklumkan Eunki bahawa Maru teah meninggalkan patung itu di situ buatnya dan Maru juga enggan menerima hadiah pemberiannya (sebagai tanda berterima kasih menyelamatkannya). Eunki kemudiannya bercadang untuk ke hospital untuk menemui Maru namun Maru telah pun keluar dari hospital.




Maru yang telah berada di kawasan perumahannya mendapat satu pesanan ringkas daripada Choco yang mengatakan bahawa dia akan pergi tinggal bersama dengan ibu kandungnya. (Choco dan Maru berkongsi ayah, namun mempunyai berlainan ibu). Maru cuba menghubungi Choco namun gagal.




Jaehee mengekori Maru ke rumahnya namun peguam Ahn menghalangnya untuk menemui Maru. Di dalam rumahnya, Maru menemui Jaegil yang sedang menikmati spa bersama teman wanitanya. Teman wanitanya lalu terpikat dengan Maru namun Jaegil bertindak mengatakan bahawa Maru menarik hanyalah kerana pembedahan plastic. 



Ketika melangkah keluar dari rumah itu, Maru tidak menemui Jaehee namun sebaliknya dia menemui Eunki. Eunki merungut bahawa dia tidak pernah menghampiri kawasan perumahan yang teruk seperti itu. Namun akhirnya sedar bahawa kata-katanya seakan-akan menghina Maru. Dia memaklumkan Maru bahawa dia tidak bermaksud untuk menghina Maru. (I love the fact that Eunki is so freaking honest with her feelings while Jaehee is the kind of woman who is so freaking secretive and terribly manipulative. I hope the former will win this fight in the end.)



Maru kemudiannya mengejutkannya dengan bertanya apakah Eunki berminat dengannya (aka menyukainya). Eunki menafikannya dan mengatakan bahawa dia kesitu kerana dia tidak ingin berasa terhutang budi dengan Eunki. Maru mendekatinya dan berkata bahawa Eunki tidak perlu risau dengan hutang budinya kerana Maru tidak berniat untuk memintanya membalas budinya. Maru kemudiannya melangkah masuk ke dalam keretanya.





Maru kemudiannya mendapat sebuah panggilan daripada Choco yang mengadu betapa kejamnya ibunya kepadanya.  Dia mempunyai kesssan lebam di mukanya dihujung talian. Dia sedang dikejar seorang lelaki. (suami kepada ibunya). 



Eunki melompat masuk ke dalam kereta itu sebelum sempat Maru memandu pergi. (she’s quick lol). Eunki memarahi Maru kerana bersikap kasar dengannya. Dia menawarkan untuk menyertai Maru dalam perjalanannya untuk mendapatkan Choco kerana dia ingin memarahi Maru. 


Maru memandu keretanya dengan laju namun Eunki tidak sedikitpun berasa takut.


Mereka berterusan berengkar lidah di dalam kereta yang dipandu Maru. Maru memberi amaran kepada Eunki bahwa mereka hanya akan apat balik semula ke Seoul esok dan dia tidak akan singgah di mana-mana untuk berehat. Eunki kekal dengan ingin mengikuti Maru. Dia ingin Maru menerima hadiah pemberiannya yang telah ditolak Maru sebelumnya. Maru menolak sekali lagi pemberian itu.





Eunki geram dan bertanya apakah Maru menginginkan lebih banyak daripada itu. Maru menjawabnya dengan bertanya apakah dia akan memberikan lebih lagi kepadanya sekiranya dia meminta sesuatu yang 100 kali lebih berharga dari hadiah itu. Eunki menjawabnya dengan berkata bahawa Maru patut menjalnkan pemeriksaan ke atas kepalanya. (he is insane to ask that). Maru kemudiannya berterusan mengganggu ketenangan Eunki dengan mengatakan bahaw sejak kemalangan itu, dia telah berubah. Dia kini terpesona melihat Eunki. Dia mengatakan bahwa sebelum kemalangan itu, Eunki bukanlah jenis perempuan yang disukainya. Dia menjelaskan bahwa kini dia tertarik dengan perempuan yang panas baran, cerewet…. Seperti Eunki. (lol that is a cute twist). Eunki kelihaan terkejut dengan  kenyataan Maru.




Seluruh perjalanan selepas itu diisi dengan kesenyapan. Eunki memerhatikan Maru manakala Maru kekal dengan ekspresi kosongnya. Setelah tiba di kawasan desa yang dituju, Maru mengarahkan Eunki untuk pulang dengan menaiki bas balik ke Seoul.


Eunki enggan berbuat demikian dan mengekori Maru menemui Choco. Maru berhenti di sebuah gerai minuman di mana seorang wanita sedang disoal oleh suaminya yang sedang mencari Choco. Dia kelihatan seperti telah didera oleh suaminya juga.lelaki itu geram kerana Choco telah melaporkannya kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penderaan. 



Lelaki itu ingin memukul isterinya namun Maru mula masuk campur. Maru Berjaya mengalahkan lelaki itu dalam pergelutan mereka.



si isteri bagaimanapun mempertahankan suaminya dan mula memukul Maru.



Eunki kelihatan seperti cuba untuk membantu Maru namun Choco tiba, menghalang niatnya. Choco menahan ibunya daripada memukul Maru. (Honestly, I think her mom is an idiot who loves her husband way too stupidly!). Eunki kemudiannya cuba menceriakan Maru dengan gaya acuh tak acuhnya dengan mengatakan bahawa Maru kelihatan hebat ketika melawan lelaki itu. (lol she refers him as ‘cool’, why so cute?)


Ibu Choco (dengan bodohnya!) mengatakan bahawa Choco sepatutnya menerima sahaja pukulan ayah tirinya kerana dia merasakan bahawa pukulan yang diterima tidaklah teruk sangat. (honestly, I think this woman has been beaten on her head way too often that she has lost her ability to think straight!). menambahkan luka di hati Choco, ibunya mengatakan bahawa dia lebih rela memiih suaminya (si kaki pukul tu) berbanding dengan  Choco (anak perempuannya). Dia mengheet Choco kearah Maru an mengaakan bahwa Choco patut tinggal bersama Maru bagi meringankan bebannya.

*side note. Maru dan Choco bukan adik beradik kandung, diorang Cuma berkongsi ayah je. (ntah bape kali nak ulang bende nih)



Maru geram dengan kata-kata ibu Choco namun dia cuba mengawal perasaannya. Selepas Choco beredaar untuk mendapatkan begnya, si ibu berpesan kepada Maru agar menghubunginya sekiranya Choco berkahwin kelak. Maru dengan nada menahan marah memberitahunya bahwa dia tidak akan pernah menghubunginya. Si ibu kelihatan tenang sahaja menelan kata-kata Maru namun setelah memusingkan badannya, kelihatan dia sangat sedih dengan kata-kata itu. Eunki sekadar memerhatikan masalah keluarga itu, masih enggan ikut campur. (beside that it’s really none of her business to begin with lol)


*okay, sampai sini korang teka dululah apa maksud pics ni k*
*mata ngantuk dah so taknak recap dulu, nantilah time free I continue k?*













No comments:

Post a Comment