Saturday, September 15, 2012

Recap: Nice Guy Episode 2


Nice Guy episode 2 Recap

So recap episode 1 dah siap, so kita bergerak ke recap episode 2 pulak k… memang susah nak percaya yang I masih sudi nak recap siri ni memandangkan recapping episode 1 yang lepas ambik masa berjam-jam nak siapkan. Wah, rajin kan I? kan bagus kalau sifat rajin ni dimasukkan dalam study, sure dapat fantastic results. *sighs* that is not going to happen…

Okay, even though I find that recapping is tiring (so freaking tiring!), I can’t just end it with just one solo recap right? It feels weird to not finish something that you’ve started. So even though nobody really pays attention to my recap, I’ll continue to make them. ‘cause I am a freaking tough girl! Lol

(I mentioned once yang my English sucks, rupa-rupanya my malay lebih kurang jer teruknya hahaha nak guna bahasa kampong takut tak sorang pun yang faham, so I’ll continue dengan my broken Malay lah)

Episode 2

Hmmm… episode ni sangat-sangat lah menarik bagi I, paling menarik so far (well so far baru dua episode jer lol). Episode ni focus kepada memperkenalkan masa lalu watak-watak utama cerita ni. Dan tak cukup dengan episode yang lepas, kita diperkenalkan lagi dengan lebih mendalam sifat-sifat watak dalam cerita ni. Memang best gila lah, especially Moon Chae Won punya watak, cool habis.




Sambungan daripada episode yang lepas, Maru merenung tajam Jaehee yang menggesanya agar berhenti merawat Eunki. Namun akhirnya dia bertindak tidak mengendahkan arahan Jaehee dan cuba menstabilkan keadaan Eunki. (I love that he does not listen to her annoying yells lol). Dia kemudiannya menyerahkan tugas menjaga Eunki kepada flight attendants dan berlalu ke tempat duduknya di kelas pertengahan. 




Jaehee seolah-olah ingin mengiringi langkahnya namun akhirnya membiarkan sahaja Maru pergi. Setelah tiba di tempat duduknya, Maru akhirnya menunjukkan perasaan bercampur aduk dalam dirinya. Dia jelas sangat terpukul (betul ke perkataan ni? Lantak je la.. lol) dengan pertemuan itu. Ketenangan Jaehee juga jelas tergugat.



Setelah kapal terbang itu mendarat, Jaehee menghantar Eunki ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mukanya kelihatan sama pucat dengan Eunki. (I hope that it is a sign of guilty because I don’t like ungrateful b*tches!)

Sementara itu, Maru memandu kereta dengan Jaegil duduk sebagai penumpang di belakang. Maru hanya senyap manakala Jaegil memaklumkannya bahawa dia tahu perempuan yang berada di kelas pertama dalam flight mereka tadi ialah Jaehee. (Jaegil macam kenal je dengan si Jaehee tu, tapi tak lebih daripada sebagai ‘sorang pompuan yang banyak maknanya kepada Maru’). 


Dia merasakan bahawa khabar angin bahawa Jaehee telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang kaya mungkin benar. Maru kelihatannya sangat tidak senang dengan kenyataan itu. Jaegil tidak perasan akan keengganan Maru untuk membincangkan tentang Jaehee dan terus mengungkit bagaimana Jaehee dahulunya kerap melawat Maru di penjara namun lama kelamaan dia akhirnya berhenti dan hilang begitu sahaja.

Jaegil tahu bahawa Jaehee dan Maru mempunyai sejarah silam namun dia tidak tahu bahawa Jaeheelah yang menyebabkan Maru dipenjarakan. Dia hairan bagaimana Maru boleh terlibat dengan sebarang pembunuhan memandangkan sikap Maru menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang yang berkemampuan untuk berbuat begitu. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa Jaeheelah penyebab Maru dimasukkan ke dalam penjara setelah mendapat tahu daripada Choco bahawa pada malam Maru ditangkap pihak polis, dia telah pergi berjumpa dengan Jaehee.




Tidak tahan mendengar kata-kata Jaegil, Maru akhirnya  memberhentikan kereta yang dipandunya, mengejutkan Jaegil yang sedang berada di tempat duduk belakang. Dia memarahi Jaegil dan mengatakan bahawa dia bukannya pemandu Jaegil. (Jaegil should not have sat in the back!). Maru meninggalkan Jaegil di dalam kereta dan Jaegil cemas kerana dia tidak tahu memandu kereta. (lol he’s  a spoiled brat).

Flashback ke masa lalu menunjukkan zaman kanak-kanak Maru . Dia tinggal dengan Choco dan Jaehee telah menyerbu masuk ke rumah mereka pada suatu hari dalam keadaan luka-luka dan lebam-lebam. Dia ingin bersembunyi daripada lelaki yang sedang mengejarnya. Maru merawat lukanya dan mereka saling memperkenalkan diri. Jaehee merupakan noona cantik yang terkenal di kawassan tempat tinggal mereka. Maru kemudiannya memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang doctor setelah dewasa nanti.


Fast forward ke masa remaja mereka. Mereka berada di atas kawasan rumput, mengulangkaji pelajaran. Jaehee berasa cemburu kerana seorang gadis kelihatan berminat dengan Maru. Maru memberitahunya agar menjaganya baik-baik agar tidak dirampass gadis lain. Jaehee bersetuju untuk menjaganya baik-baik dan dia menyuruh Maru untuk berjanji bahawa dia akan setia kepadanya selamanya dengan pinky promise. Dia ingin mereka bersama untuk selamanya. (OMG, they were so sweet… too bad it did not last…)




Kembali ke masa kini, Maru melewati sebuah gerai makanan di mana dia dan Jaehee pernah meluangkan masa bersama. Dia teringat kembali bagaimana gembiranya mereka dahulu. Namun akhirnya dia kembali tersedar bahawa masa bahagia itu merupakan masa lalu yang kini tidak wujud lagi. 


Dia mengingatkan dirinya agar tidak mengingati masa lalunya kerana dia tidak boleh kembali ke masa lalu, lagipun dia bukannya Maru yang dulu, dia telah berubah. Dia memberitahu dirinya bahawa bermula dari sekarang, semuanya telah berakhir. Dia membiarkan sahaja imej dia berpegangan tangan dengan Jaehee berlalu melepasinya.


Di hospital, Eunki sedang menikmati ayam goreng sambil menyiapkan kerjanya. Dia enggan berehat. Dia bertanya kepada Joonha siapakah yang telah menyelamatkan nyawanya semasa di dalam kapal terbang sebelumnya dan Joonha memaklumkannya mengenai Maru. Eunki tidak berasa terhutang budi tetapi sebaliknya marah kerana Maru tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk merawatnya. Dia boleh mati, ujarnya. Namun punca rasa marahnya bukan hanya itu, dia mendapat tahu bahawa Maru mempunyai hubungan dengan Jaehee. (walaupun dia tidak mengetahui dengan jelas hubungan mereka). Dia kemudiannya mendapat maklumat daripada perisik maklumatnya bahawa Jaehee telah mengeluarkan sejumlah wang dari bank. Dia mengarahkan perisik itu unuk mengenalpasti apakah kegunaan wang itu. (I love the fact that she is spying Jaehee’s activities because she would be an idiot not to!)




Perisik maklumat Eunki kemudiannya mengekori Jaehee yang menuju ke kawasan perumahan lamanya (dia membawa beg membeli belah dan buah tangan). Dia teringat akan situasi di mana dia berlari ke rumah Maru untuk mendapatkan perlindungan semasa zaman kanak-kanaknya. Dia berhenti seketika di hadapan rumah Maru. Namun tumpuannya terganggu apabila terdengar pergaduhan di luar.


Rupa-rupanya Jaegil sedang menghadapi sepasang suami steri yang sedang bertengkar. Si suami ingin mencari Maru. Dia marah kerana Maru telah meniduri isterinya. 




Jaegil menafikan ini mengatakan bahawa Maru tidak mungkin berbuat demikian kerana seorang gigolo pun mempunyai prinsip tersendiri (not to sleep with anyone’s wife). Si isteri akhirnya mengaku bahawa ianya hanyalah satu salah faham, dia hanya meenyimpan gambar Maru di dalam telefon bimbitnya kerana dia meminati Maru. Jaegil bertindak memecahkan sebatang papan nipis menggunakan kepalanya (untuk menunjukkan bahawa dia adalah kuat kepada si suami) *giggles*. Si isteri kemudiannya bertanya apakah dia akan berpeluang untuk mendapatkan Maru sekiranya da bercerai dengan suaminya, menyebabkan dia dikejar keluar oleh suaminya. (this is so funny!)



Jaehee yang telah memerhatikan semua ini bertanya kepada Jaegil adakah masalah itu berkaitan dengan Maru. Jaegil mengiyakan. Jaehee kemudiannya bertanya tentang bagaimana dengan kehidupan Maru sekarang. ( baru sekarang nak tanya? Why not wait till he is dead first before be bothered with asking?!)





Maru pula tiada di rumah kerana dia sedang menemani Choco yang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.doktor memaklumkan bahawa keadaan Choco sudah semakin baik namun Choco menafikannya dan mengatakan bahawa dia masih sakit (what a spoiled brat -.-). (tapi kan….both Choco and Eunki asyik sakit je…..nape ek?)

Choco berterusan mengatakan bahawa dia masih belum sihat dan Maru kekal dengan ekspresi selambanya, seolah-olah sudah lali dengan sikap manja Choco, tidak mengendahkannya. Dia memberitahu Choco bahawa dia tidak dibenarkan untuk pergi minum dan clubbing. Choco dengan sikap manjanya mengatakan bahawa lebih baik dia mati sahaja kalau begitu. 


Perbualan mereka menjurus kepada Choco mengungkit mengenai peristiwa di mana dulu Maru telah meninggalkannya seorang diri ketika sakit kerana Jaehee. Dia menyalahkan Maru sebagi punca mengapa dia sakit sekarang. Dia mengatakan bahawa jika dia mati, ianya merupakan salah Maru juga. (I can feel her anger towards him for abandoning her years ago, I would feel the same way too if I was her, well maybe not in such a bratty way like her). Dia kemudiannya meminta Maru untuk mem-piggyback-nya kerana dia merasa penat setelah memarahi Maru. (she is sure a pain in the neck sometimes)

Sementara itu, Jaegil memberitahu Jaehee bahawa Maru telah memilih untuk menjadi seorang gigolo kerana dia gagal mendapatkan pekerjaan lain (kerana dia bekas penjenayah, tak ada yang sudi nak ambik dia bekerja) untuk membayar hutang ayahnya dan menanggung belanja perubatan Choco.



Maru mngendong Choco pulang sementara Jaegil memaklumkan Jaehee bahawa satu satunya sebab mengapa Maru meneruskan hidup ialah Choco. Dia mengatakan bahawa hati Maru telah mati, walaupun jasadnya masih ada. Jaehee hairan mengapa mereka masih tingal di rumah buruk itu dan Jaegil menyatakan bahawa Maru enggan berpindah ke tempat lain kerana dia masih menunggu kepulangan Jaehee. (my heart just cracked, Jaehee’s heart must be made of stone if hers did not crack as well!)




Jaehee telah pun pulang semasa Maru tiba di rumah. Setelah merebahkan Choco di atas tilam, Jaegil menyerahkan sepucuk sampul kepada Maru daripada Jaehee. Jaegil menyatakan bahawa Jaehee ingin membayar balik hutangnya kepada Maru. (who said that money is the the price of his sacrifice????!) maru membuka sampul itu dan mendapati bahawa terdapat sejumlah wang yang banyak di dalamnya. Jaehee yang sedang berjalan keluar dari kawasan perumahan itu tanpa sengaja mematahkan tumit kasut tumit tingginya. 


Maru kelihatan terpukul melihat wang itu. Dia bertindak untuk cuba mengejar Jaehee. Namun Jaehee sudah tiba di keretanya. Dia menggenggam erat wang ditangannya, jelas kelihatan marah.\



Jaehee mengmbas kembali peritiwa di motel selepas Maru menyuruhnya pergi. Maru telah menyarunglkan bajunya di tubuh Jaehee dan mereka berpelukan. Jaehee berjanji untuk membalas balik pengorbanan Maru. Ianya seperti memberi kesan yang mendalam terhadap diri Jaehee.

Di kediaman Pengerusi Seo, Eunki menyapa Jaehee dengan senyuman yang kelihatan seperti dipaksa. (she still looks beautiful though lol). Dia memberitahu bahawa dia telah mencuri keluar dari hospital. Nada suaranya keras walaupun senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dia bertanya apakah hak Jaehee untuk memberikan kebenaran kepada seorang pelajar perubatan yang tidak mengahabiskan pelajarannya untuk merawatnya. Dia kemudiannya beralih kepada perkara yang lebih penting iaitu mengapa Jaehee sanggup memberikan sejumlah wang yang banyak kepada Maru.
Jaehee terkejut kerana tidak menyangka bahawa Eunki tahu mengenai perkara itu. Eunki berterus terang bahawa dia telah mengupah perisik untuk mengekori Jaehee memandangkan Jaehee sangat bahaya, belajar daripada peristiwa di mana Jaehee berjaya menghalau keluar ibu kandungnya dari rumah itu. (ibunya telah mati)

Nada Eunki bertambah menggerunkan apabila dia memaklumkan Jaehee bahawa dia akan membalas dendam. Dia akan mencari kelemahan Jaehee dan akan menghalau keluar Jaehee dari rumah itu sepertimana yang telah dilakukan oleh Jaehee kepada ibu kandungnya dahulu. (I know seeking for a revenge is bad, but I am totally with her in this, Jaehee needs to be kicked out of the freaking house, and world!). Eunki kemudiannya mengancam untuk mendedahkan gambar-gambar di mana Jaehee menghantar wang ke rumah Maru.

 
Jaehee memberi alasan bahawa wang itu adalah sebagai tanda terima kasihnya kepada Maru kerana telah menyelamatkan Eunki namun Eunki ketawa kerana dia tidak percaya langsung akan kata-kata Jaehee. Dia tersenyum mengatakan bahawa dia boleh mengandaikan situasi itu sebagai Jaehee membayar Maru untuk membunuhnya, menyatakan bahwa ianya akan kelihatan lebih meyakinkan. Jaehee kemudiannya menipu bahawa dia sebenarnya telah diugut oleh Maru. (woah, another reason why I am so gonna hate you more!). dia mengatakan bahawa Maru mengetahui rahsia lampau Eunki yang dahulunya pernah didakwa kerana memiliki dadah semasa zaman remajanya, tujuh tahun lalu. (so Jaehee is stepping up her game huh?) ini membuatkan riak wajah Eunki sedikit berubah namun dia mengekalkan senyuman di mukanya. (cool, I love this girl so freaking much!)

Di biliknya, Eunki mengimbas kembali zaman remajanya. Seorang remaja lelaki telah memintanya untuk mengaku bersalah dalam memiliki dadah miliknya. Lelaki itu berjanji bahwa dia akan menggunakan kuasa yang dimiliki ayahnya untuk membantu syarikat Eunki.

 
Eunki kemudiannya menelefon lelaki yang sama, dan jelas di hujung talian, lelaki itu sedang mengendong anaknya dan telah beristeri. Eunki kelihatan terluka mendengar suara kedua-duanya namun dia mengekalkan wajah selambanya. Dia kemudiannya memberitahu bahwa dia melakukan apa yang dilakukannya tujuh tahun yang lalu bukan kerana dia ingin menyelamatkan syarikatnya, namun kerana dia mencintai lelaki itu. Lelaki itu jelas terkejut, namun Eunki lekas memutuskan talian sebelum sempat lelaki itu bertanya dengan lebih lanjut. Lelaki itu cuba menghubungi Eunki semula namun Eunki bertindak melemparkan telefon bimbitnya ke dalam sebuah tangki akuarium. (hahaha that is epic!)

Maru berada dalam sebuah kereta dan hari sedang hujan. Dia menerima satu panggilan daripada Jaegil yang memaklumkan bahwa dia akan pergi bercuti untuk seminggu, dengan seorang perempuan disampingnya.



Eunki dan keluarganya sedang menikmati makan tengahari di rumahnya. Mereka disertai oleh dua orang peguam keluarga itu. Pengerusi Seo bertindak meninggalkan meja makan itu setelah selesai menjamu selera dan kita ditunjukkan bahawa dia sekarang ini sudah berkerusi roda. (hmm how did it turn out this way?). 

  

Eunki memberikan sebuah pandangan penuh muslihat kepada Joonha sebelum memaklumkan Jaehee bahawa dia telah membuat laporan kepada pihak polis berkenaan dengan ugutan oleh Maru. Ini mengejutkan Jaehee kerana dia tidak menyangka Eunki akan memerangkapnya dalam penipuannya. (in your face, fox!)

Cut to Maru. Dia akhirnya meletakkan sampul berisi wang dari Jaehee ke dalam peti surat kediaman keluarga Pengerusi Seo dengan satu nota. Dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah setelah mendapat panggilan cemas daripada Choco.

Pihak polis telah iba di rumahnya, mereka ingin menahan Maru atas tuduhan membuat ugutan ke atas keluarga Pengerusi Seo. Pihak polis memaklumkan Maru bahawa dakwaan telah dibuat oleh Han Jaehee, membuatkannya terkejut. (nice trick by Eunki!). Choco mengejar mereka dalam hujan dan merayu supaya abangnya dibebaskan. Maru menyuruhnya agar menunggu sahaja di rumah. Choco menjerit bertanya bagaimana jika dia mati ketika Maru ditahan dan ini membuatkan Maru geram. Dia menyatakan dengan kasarnya bahawa kalau begitu, Choco patut mati sahaja. Ini mengejutkan Choco (and me too! why so rude bro?!).

Di balai polis, Maru bersemuka dengan Jaehee dengan. Dia kelihatan terluka dan sedikit marah. Jaehee cemas memikirkan apa yang patut dilakukannya. Pegawai polis bertanya apakah dakwaanya bahawa Maru telah mengugutnya adalah benar. Walupun teragak-agak, akhirnya Jaehee mengaku bahawa ya, Maru telah mengugut untuk mendedahkan rahsia keluarganya. Maru berasa 10x lebih terluka dengan kenyataan ini. Dia berkata dalam voiceover “aku telah bercadang untuk memahamimu. Aku tahu yang aku tidak lagi mempunyai hak untuk memilikimu lagi. Noona dan aku kini berada di dunia yang berbeza. Kerana aku tahu, walaupun jika kau tiidak melakukan ini, aku akan melupakanmu, Noona. Walaupun kau tidak melakukan ini kepadaku, aku bercadang untuk melepaskanmu, Han Jaehee, kepada orang yang kau ingin tujui”

Apabila Jaehee tiba di rumah, dia mendapat sampul berisi wang yang telah dikembalikan Maru sebelumnya.


Di tingkat atas, Pengerusi Seo memarahi Eunki soal perniagaan. Dia tidak menyenangi cara pengurusan syarikat Eunki yang menekankan penyatuan berbanding caranya yang lebih suka bergerak secara persendirian. Kerana terlalu marah, Pengerusi Seo secara tidak sengaja mencederakan pipi Eunki dengan kepingan kaca. Eunki kekal dengan ekspresi kayunya. (lol). Pengerusi Seo berterusan memarahi Eunki mengatakan bahawa dia tidak ingin Eunki mengahancurkan syarikat berharga miliknya. Menambah parah di hati Eunki yang jelas sudah tercalar, dia mengatakan bahawa jika Eunki tidak mampu mengurus syarikat itu dengan betul, Jaehee dan anaknya Eunsuk boleh menggantikan tempatnya. (I would have stuffed his mouth with some chillies if I was there!). Pengerusi Seo berkata bahawa sekiranya Eunki tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik, dia lebih baik pergi keluar dari rumah itu sepertimana ibunya. (I am loading my gun to shoot this man!)

Eunki meletakkan bandage kecil di lukanya dan dikunjungi oleh Jaehee. Dia telah mengetahui tentang kes Maru yang akan dibebaskan kerana kekurangan bukti. Walaubagaimanapun, Eunki tidak bercadang untuk melepaskan kes itu begitu sahaja. 


Jaehee memberitahu bahawa kedudukan Jaehee di syarikatnya adalah tidak kukuh kerana kes dadahnya. Selain itu, satu pertiga daripada lembaga syarikt  merasakan Eunki tidak layak untuk mengurus syarikat kerana pengurusannya yang lemah. (from which point? Because she seems to be so freaking strong in every freaking way…) . Eunki hanya tersenyum (cool!)

Maru bermalam di penjara. Jaehee membacakan buku cerita untuk anaknya. 


Eunki pula cuba menghabiskan malamnya bekerja, namun akhirnya mabuk setelah meminum soju straight dari botol.



Maru dibebaskan paginya dan bergegas melawat Choco di hospital. Dia telah pengsan dalam hujan selepas Maru ditahan. Maru duduk di sebelah katilnya dan menyesali kata-kata kasarnya kepada Choco sebelum itu. Dia turut mengimbas kembali saat dia meninggalkan Choco demi Jaehee dahulu.jelas kelihatan di matanya, kenangan itu membuatkan dia marah dan menyesal.

Cut to another time. Eunki menunggang bike di kawasan hutan dan kemudiannya dia disertai seorang penunggang lain. Bagaimanapun, akhirnya Eunki kehilangan kawalan ke atas bikenya kerana brake bikenya tidak berfungsi. Dia hampir jatuh ke dalam gaung namun sempat berpaut pada ranting kayu yang ada di situ. Ketika hampir terepas pegangannya, penunggang seorang lagi menghulurkan tangan untuk memegang tangannya. Penunggang itu ialah Maru.




*sorry guys, will uploa the pics soon...my internet connection is like a freaking snail right now, slow*

No comments:

Post a Comment