Friday, September 14, 2012

Recap: Nice Guy Episode 1

click here for an english summary since this post is gonna be in Malay

Nice Guy episode 1 recap (malay)

Okay, Nice Guy belum lagi air kat KBS world in Malaysia, so fans kena tunggu dengan sabarnya lah~
Memandangkan I minat gila kat drama ni (minat tahap obsess dah!) so I cadang nak recap siri ni… at first it is supposed to be in English, tapi since my English sucks, and using English will just makes me lambat, so I guna malay je lah… lagipun, takkan I sorang je Malay yang minat siri ni kan? Come on, it’s Soong Joong Ki and Moon Chae Won lah…

Bagi I episode 1 ni agak menarik lah jugak, tak lah melo sangat… keseluruhannya, episode 1 ni memperkenalkan watak-watak utama dalam drama ni. Intro Moon Chae Won yang paling cantik of all lah (sorrylah, I minat sangat-sangat dengan MCW, so my opinion is kind of biased lol)


Episod 1 bermula dengan sorang lelaki muda yang berpakaian lengkap dengan coat putih kat sebuah hospital. Langkahnya  terhenti apabila terpandang sebuah news report kat tv yang terpasang kat ruang tempat dia berdiri. Name tag dia menunjukkan bahawa dia ialah Kang Maru. Dia tersenyum melihat penyampai berita yang sedang di kaca tv itu yang merupakan Han Jaehee. Maru kemudiannya dipanggil untuk menjalankan tugasnya.

Maru merupakan seorang intern di hospital itu. Dia kemudiannya membuat round (melawati pesakit untuk memeriksa keadaan mereka) bersama-sama dengan ketuanya, Suk MInhyuk dan doctor residen yang lain. Dr. Minhyuk memeriksa pesakit demi pesakit sambil diperhatikan oleh semua doctor residen di bawah jagaannya, termasuk Maru. 

Maru mengambil sedikit nota namun akhirnya tidak dapat mengawal kehairanannya akan sikap doctor itu. Dia bertanya kepada doctor itu kenapa semua doctor dalam training tidak dihiraukan. Doctor itu berkata bahawa hanya kerana mereka memakai coat doctor, tidak bermakna mereka sudah layak untuk menjadi doctor. Dia percaya bahawa mereka tidak akan mampu memberikannya jawapan yang tepat sekianya dia menguji mereka.


Perbualan mereka diganggu oleh kehadiran seorang pesakit (budak lelaki) yang sedang mengamuk. Pemeriksaan telah dibuat namun pihak hospital masih tidak dapat mengenalpasti apakah masalh kesihatan yang dihadapi oleh budak lelaki itu. Minhyuk kemudiannya mengambil peluang ini untuk mengajukan soalan kepada Maru, untuk mengujinya seperti yang dikehendakinya sebelumnya. Dia memberikan tempoh masa dua jam bagi Maru mengenalpasti penyakit budak itu.


Maru mendapati bahawa semua symptom yang ditunjukkan oleh budak lelaki itu mengarah kepada kecederaan di kepala, namun dimaklumkan bahawa budak itu tidak pernah mengalami sebarang kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala. Maru cuba memikirkan apa yang patut dilakukannya apabila budak itu bangun dan cuba mencabut IV di tangannya. Maru menghentikannya. Akhirnya Maru mendapat tahu bahawa budak itu tidak mahu dirawat kerana abangnya tidak mempunyai wang untuk membayar rawatannya. Maru bersetuju untuk membayar bil rawatan itu untuknya. Dia memukul lembut kepala budak itu dan terkejut apabila budak itu tibatiba muntah. Dia menganalisis symptom ini dan membuat konklusi bahawa budak itu mengalami brain haemorrhage (not that you care what it means right?lol). Budak itu berterusan mengatakan bahawa dia sihat-sihat sahaja dan Maru menggunakan alasan bahawa adiknya pun begitu juga, sangat suka memendam kesakitan. walaubagaimanapun, keputusan ujian yang dijalankan ke atas budak itu menunjukkan bahawa tidak ada apa-apa yang aneh pada otak budak itu. Maru mengakui bahawa dia silap. Budak itu dibenarkan pulang. Dia kemudiannya merenung biasan wajahnya pada cermin. (guess someone’s ego just got scratched lol)

Malam itu, budak itu kembali ke hospital dan ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa diagnosis awal Maru adalah betul. Dr. MInhyuk mengarahkan seorang rakan doctor untuk memaklumkan Maru bahawa dia mengaku bahawa dialah yang silap dan dia merasakan bahawa sebagai seorang guru ianya adalah sangat memalukan.

Maru pulang ke rumah setelah mendapat kebenaran daripada seniornya untuk pulang ke rumah. Dia mencari adiknya, Choco, membawa coklat buat adik perempuannya itu. (wah, I am screaming here to be his younger sister too!). 

Dia akhirnya menemui adiknya itu, yang pengsan di atas lantai di dalam biliknya. Dia cemas dan bercadang untuk membawa Choco ke hospital. Namun sebelum sempat dia membawa Choco ke hospital, dia mendapat satu panggilan telefon daripada Jaehee.


Jaehee sedang panic dan dia menangis di hujung talian. Dia mengatakan bahawa dia merasakan bahawa lelaki itu sudah mati namun kemudiannya menukar kenyataannya kepada bahawa dia pasti lelaki itu sudah mati. (Maru tidak tahu siapa yang sedang diperkatakan). 

Jaehee kemudiannya meminta Maru untuk menemuinya sekarang juga. Maru rasa berbelah bahagi untuk menentukan apa yang harus dilakukannya dahulu, menghantar Choco ke hospital ataupun menemui Jaehee yang sedang keresahan. Dia akhirnya memilih untuk menemui Jaehee.

Choco merayu agar Maru tidak meninggalkannya, namun Maru tetap pergi. Dia berjanji bahawa dia akan balik secepat mungkin. (OMG, do you really love Jaehee that much???kesian kat the sick Choco!)

Maru bergegas ke sebuah motel dan perlahan-lahan membuka pintu motel itu. 


Dia menemui seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di satu sudut dan Jaehee di satu sudut yang lain. Lelaki itu dipenuhi darah mankala Jaehee sedang menangis. Maru memeriksa nadi lelaki itu, memastikan bahawa lelaki itu telah mati.


Jaehee breaks down, dan dia berterusan menafikan bahawa kematian lelaki itu adalah disebabkannya. (she is in denial). Selepas menutup mayat lelaki itu, Maru mendekati Jaehee semementara Jaehee memecahkan botol yang digunakannya sebagai alat untuk membunuh lelaki itu kepada kepingan kecil. Maru jelas kelihatan cemas wlaupun dia cuba menyembunyikannya. Dia meminta agar Jaehee menyerahkan dirinya kepada pihak polis. Dia mengatakan bahawa pihak polis akan mengerti sekiranya dia mendakwa bahawa dia hanya bertindak melindungi diri daripada lelaki itu.


Jaehee enggan berbuat demikian kerana dia tidak mahu kehilangan kariernya yang telah mengambil masa selama berbelas tahun untuk dibina. Maru tidak memahami Jaehee, dia tidak merasakan bahawa kehilangan kerjayanya sebagai seorang pemberita akan mengahncurkan seluruh hidupnya. Dia mengatakan bahawa Jaehee boleh memulakan semula kerjayanya setelah semuanya selesai. Mendengarkan kata-kata Maru, Jaehee bertindak mengambil kepingan kaca dari botol dihadapannya untuk mencederakan tangannya, untuk membunuh diri. Dia tidak sanggup memulakan semula kerjayanya dari sifar.



Maru cuba merampas kepingan kaca itu dan akhirnya tercedera. Jaehee menjerit mengatakan bahawa sekiranya kerjayanya berakhir, hidupnya akan turut berakhir. Maru berasa terluka dengan kenyataan Jaehee dan bertanya tidak bolehkah dia menjadi tujuan hidup Jaehee, sepertimana Jaehee merupakan tujuan dia hidup.


Jaehee kemudiannya menjadi lebih tenang, walaupun dia tidak menjawab soalan Maru. (I think the answer is no!). dia akhirnya bercadang untuk menyerahkan diri kepada pihak polis. Namun kali ini, Maru tidak bersetuju dengan tindakan Jaehee. (WHAT? Just in a split second and you’ve changed your mind??)

Dan dia pun mencium Jaehee. *lol I am not such a fan of kiss scenes*


Dia cepat-cepat mengemas bilik itu dan dalam nada yang bergetar mengatakan “Aku yang membunuh lelaki ini”. (wait, consider another option please, like running away TOGETHER instead of taking the blame ALONE?!). dia mengarahkan Jaehee untuk jangan sesekali berpatah balik tapi Jaehee enggan meninggalkan Maru. Namun Maru memberitahunya bahawa, walaupun Jaehee tidak sanggup kehilangan kerjayanya, dia sanggup kehilangan masa depannya kerana dia tidak sanggup kehilangan Jaehee. (it’s like you die, I die, Jeehee dies, Maru dies but not vice versa). Dia senyum kepada Jaehee dan mengatakan bahawa dia akan baik-baik sahaja dan meminta Jaehee agar pergi sahaja.

Sementara itu, Seo Eunki menjemput seorang lelaki yang agak berusia yang dipanggilnya Pengurus Choi untuk menaiki kereta yang dipandunya. Dia kelihatan ramah namun jelas kelihatan bahawa keramahannya itu adalah beralaskan kekasaran. (you know the kind of politeness where the evil people pretends to be nice, scary!).

 Pengurus Choi bertanya mengapa Eun Ki tidak mempunyai pemandu sendiri (obviously he’s scared of being in a car driven by her) dan Eunki menjawab bahawa dia mempunyai masalah mengawal kemarahan, yang membuatkan Pengurus Choi merasa lebih takut kepadanya. Pengurus Choi berterusan memanggilnya dengan gelaran formal cik dan ini membuatkan Eunki merasakan bahawa pengurus itu sedang memandang rendah ke atasnya. Dia mengungkit bahawa dia tahu bahawa pengurus itu memandang rendah ke atasnya kerana dia telah menjadi atasan kepada lelaki itu pada usia yang muda iaitu 23 tahun dengan sijil MBA dari Harvard sahaja.

Ketika mendekati sebuah terowong, Eunki menyuruh pengurus itu untuk berpegang teguh di tempat duduknya. Dia memandu keretanya pada kelajuan yang sangat tinggi dand menyatakan statistic dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengurus itu dalam masa yang sama.  (I am not such a big fan of speed, but I love this scene because of MCW, so badass!). apabila sebuah kereta lain mengahalang laluannya, dia menyumpah seranah pemandu kereta itu sebelum berubah ke nada yang lembut ketika bercakap dengan pengurus itu. (way to creep me more lol). Mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah rumah yang merupakan rumah milik keluarga Eunki.




Eunki memerhatikan Jaehee yang sedang menyerahkan  sebuah fail kepada ayah Eunki, Pengerusi Seo, memakai baju Maru. Sepertinya pembunuhan yang dilakukannya sebelumnya adalah untuk mendapatkan fail itu. Jaehee yang hampir menangis berkata “tahukah apakah yang telah kulakukan kepada lelaki yang sangat berharga dalam hidupku?”. Pengerusi Seo memeluk Jaehee dan Eunki memandang tajam kearah mereka dari keretanya.

Maru menunggu ketibaan pihak polis di motel itu sambil memikirkan kata-kata Jaehee yang mengatakan bahawa dia akan membalas budi Maru untuk seumur hidupnya. Bunyi siren yang semakin mendekat membuatkannya sebak. Dia menelefon Choco dan meminta maaf kerana tidak dapat menepati janjinya untuk kembali. (this is so sad!). dalam voiceover, kedengaran suara hakim memutuskan bahawa Maru akan dimasukkan ke dalam penjara untuk lima tahun.


6 tahun kemudian


Maru, memandang keluar dari sebuah tingkap sebuah bilik hotel di Tokyo. Dia memberikan sejumlah wang kepada perempuan yang telah ditidurinya. Maru memberitahu perempuan itu bahawa dia tidak mempunyai wang yang diingini perempuan itu. (perempuan tu pisau cukur). 

Ekspresi muka Maru adalah kosong.perempuan itu cuba menghalang Maru daripada beredar dan mengaku bahawa dia mencintai Maru. Dia jatuh ke dalam dakapan Maru sesaat selepas Maru mengatakan bahawa dia percaya kepada kata-kata perempuan itu. (hmm, he looks terribly bored and annoyed…)

Secara kebetulan (not really a coincidence since this is a drama lol), Eunki berada di suite di sebelah suite Maru. Dia sedang bermimpi tentang ibunya apabila lelaki yang sedang berada di sudut katil, di sebelahnya tidak tersengaja membangunkannya. 

Dia memarahi lelaki itu, Park Joonha, peguam syarikatnya, kerana tidak mengejutkannya lebih awal. Joonha mengatakan bahawa dia bertindak demikian kerana dia risau akan tahap kesihatan Eunki. (caring lawyer? So my kind of thing lol). Dia mengancam bahawa Joonha akan menerima padahnya sekiranya urusan bisnesnya gagal disebabkn kelewatannya itu.

Eunki mandi dan keluar dari biik mandi hanya berbalut tuala mandi. Joonha berasa kurang selesa dengan keadaan ini dan cuba mengalihkan matanya kearah lain. Eunki kemudiannya mendedahkan bahawa Joonha ialah homoseksual (which I kind of believe he lies to her lol). Dia berjanji untuk menyimpan rahsia itu hingga akhir hayat.


Eunki kemudiannya menemui seorang wanita dalam kimono dan mereka berkomunikasi dalam bahsa Jepun dengn ramah mesra (polite mask is on lol). Eunki menyerahkan wang pampasan kepada wanita itu yang mengadu bahawa produk kosmetik daripada syarikat Eunki telah merosakkan mukanya. Mereka menikmati sedikit dessert. 


Eunki bagaimanapun menunjukkan sikap kasaarnya apabila dia menyerahkan sebuah bungkusan berisi produk kosmetik dari syarikatnya kepada wanita itu. Dia mendedahkan bahawa dia tahu bahawa wanita itu telah dibayar oleh syarikat pesaing untuk membuat aduan itu. 

Dia berkata bahawa jika benar produk syarikatnya boleh menyebabkan kerosakan kulit, mereka berdua pasti akan berakhir di hospital esok hari kerana dia telah meletakkan produk mereka di dalam dessert mereka tadi (produk tu boleh dimakan). Akhirnya wanita itu mengaku bahawa dia telah dibayar untuk membuat aduan itu. Eunki bersumpah bahawa dia akan membatkan syarikat pesaing mereka membayar balik tindakan mereka.

Dia berjalan keluar, tidak perasan bahawa Maru dan perempuan-gold-diggernya sedang berkissing again di bawah sebatang pokok, beberapa kaki darinya. Maru kelihatan seperti biasa, like a soulless guy.

Mata Eunki mula terasa kabur dan dia jatuh namun sempat disambut oleh Jaehee yang berada di resort itu juga, bersama Pengerusi Seo. Jaehee bertindak melayan Eunki seperti layaknya seorang ibu namun Eunki mengarahkannya agar berhenti berpura-pura. Seorang budak, Eun Suk (anak Jaehee dan Pengerusi Seo), berlari mendekati Eunki dan memanggilnya ‘kakak/noona’. Eunki dengan kasarnya mengatakan bahawa budak itu dan ibunya sama sahaja, melekat kepada sesiapa sahaja yang diingini.

Jaehee marah, mengatakan bahawa anaknya hanya menyukai kakaknya, ianya bukan satu jenayah. Eunki memegang bahu Eun Suk dan dengan kasarnya mengatakan bahawa dia tidak mengakui Eunsuk sebagai adiknya. Dia bertanya adakah Eunsuk bodoh kerana tidak memahami kata-katanya walaupun telah ratusan kali diulang. (woah, that’s rude!!!)

Jaehee terkejut. Dia bertanya mengapa Eunki sanggup berkata sedemikian kepada seorang budak kecil, tetapi Eunki membalas balik dengan mengatakan bahawa dia mampu berbuat demikian kerana Eunsuk merupakan anak Jaehee. 

Dia membenci Jaehee kerana Jaehee telah menjadi perempuan simpanan ayahnya pada usia yang muda dan menyebabkan ibunya pergi. Dia juga berkata bahawa dia takut akan Eunsuk kerana seperti ibunya, Eunsuk juga boleh menghalaunya keluar dari syarikatnya sendiri suatu hari nanti. Eunki berlalu pergi dan Jaehee menenangkan anaknya. (poor kid, being born in the wrong family, or I would say it, to the wrong mom!)


Cut to Maru. Kawannya, Park Jaegil, sedang menangis. Dia bertanya kepada Maru jika Maru telah Berjaya. Maru menghulurkan sebuah buku bank kepadanya. Maru telah Berjaya mendapatkan balik wang Jaegil yang telah ditipu oleh gold-digger tadi. (all the effort for a friend?weird but sweet lol)


Maru tidur dalam flight ke Seoul namun terjaga untuk ke tandas. Jaegil perasan bahawa seorang perempuan berminat dengan Maru. Dia menulis amaran bahawa Maru merupakan seorang pervert dan playboy dan menunjukkannnya kepada perempuan itu. Namun sebelum sempat dia memikat perempuan itu, perempuan itu memberi amaran bahawa teman lelakinya seorang gangster. (lol pitiful Jaegil, find another woman ok?)


Eunki keluar dari bathroom dan jatuh ke dalam dakapan Maru. Maru menyangkakan bahawa Eunki merupakan salah seorang wanita yang berminat dengannya dan cuba mengusir Eunki jauh darinya.

Namun dia terkejut apabila dia mendapati bahawa Eunki sebenarnya telah pengsan. 

Dia merebahkan Eunki ke atas lantai dan cepat-cepat memeriksa nadinya. Dia kemudiannya meninggalkan Eunki di bawah jagaan flight attendants kapal terbang itu. Dia kembali ke empat duduknya.


Sebuah pengumuma dibuat bertanyakan sekiranya terdapat sebarang doctor dalam kapal terbang itu. Jaehee yang berada di bahagian Kelas Pertama risau akan keadaan Eunki. Maru focus epada muzik dalam headphonenya sehinggalah Jaegil menyuruhnya berbuat sesuatu, memandangkan tiada doctor dalam penerbangan itu.


Jaegil mencabut headphones itu dari telinga Maru apabilla dia bertindak tidak menghiraukannya. Dia mengatakan bahaawa sekiranya semua orang adalah seperti Maru dan tidak menghiraukan sahaja orang yang kesakitan, adiknya, Choco, sudah lama tiada lagi. Maru kemudiannya bangkit dari tempat duduknya dan menuju kearah Eunki. Jaegil senyum, mengenangkan bahawa Choco sering sahaja dapat melembutkan hati Maru.





Eunki masih tidak sedarkan diri dan menyedari bahawa keadaan Eunki adalah serius, Maru bertanya siapakah penjaga Eunki. Jaehee muncul dan kedua-duanya kelihatan terkejut. Dia memaklumkan bahawa dia telah berhenti sekolah perubatan (protocol untuk mendapatkan kebenaran untuk merawat Eunki), as if she did not know that -.-. dia bertanya apakah hubungan mereaka dan Jaehee mengatakan bahawa Eunki adalah anak suaminya daripada perkahwinan pertama, mengejutkan lagi Maru. (dia tak tau yang Jaehee dah kahwin, that’s the first time they meet after 6 years). 


Tambah melukakan hati Maru, Eunsuk memanggil Jaehee ‘mom’. Maru cuba mengawal emosinya sebaik mungkin kerana dia perlu merawat Eunki sebelum terlambat.



Dia memulakan prosedur perubatan untuk mengeluarkan lebihan air dalam peparu Eunki dengan menbenamkan sebatang jarum kedada Eunki. Eunki batuk. 

Maru bertanya kepada Jaehee adakah Eunki pernah terlibat dengan sebarang kemalangan sebelum ini, mengatakan bahawa sebagai ibunya, Jeaehee patut tahu. Dia membenamkan satu lagi jarum kedada Eunki dan Eunki batuk mengeluarkan daah. (that’s creepy…)




Jaehee cemas melihat darah itu dan dia mengarahkan Maru untuk berhenti, mengatakan bahawa dia bukannya doctor. 

Maru merenungnya tajam.




End of episode 1

OMG, this recap took hours of my time, considering how terrible I am at recapping -.-. tak pastilah about second episode, nak recap or what.




No comments:

Post a Comment