Wednesday, August 1, 2012

Jenis-Jenis Cikgu Yang Aku Sangat Tak Suka aka Cikgu yang Aku Anti Sangat




Sebelum korang mula baca luahan hati aku ni and mula nak judge-judge aku, aku nak ingatkan yang ini sekadar luahan hati aku je, bukan nak menyindir atau menyinggung hati mana-mana pihak..

Kenapa aku buat post ni? Well, because some teachers have hurt me so freaking badly that I am afraid if I don’t let my frustration out, I’ll snap or worse, go insane.

Okay, dah 12 tahun dah aku bersekolah. Banyak dah cikgu yang aku jumpa, cantik, tak cantik, hensem, tak hensem, pendek, tinggi, comel, tak comel dan macam-macam rupa lagi. Dan diorang tu boleh dibahagikan kepada dua group besar, yang aku sayang dan yang aku tak berapa suka nak tengok. Yang aku tak beberapa suka nak tengok tu lah yang aku nak ‘bincangkan’ hari ni.

Yang aku tak beberapa suka nak tengok tu pulak, ada beberapa jenis.. Bagi pengetahuan korang, aku listkan kat bawah ni untuk suka-suka je (pengetahuan ni aku akui TAK ADA guna langsung)


pilih kasih

aku dah jumpa banyak sangat cikgu jenis ni, tak terkira banyaknya  (aku memang lemah dalam mengira pun). Ciri utama cikgu ni senang je, dia tak adil. Senang je nak detect, kalau dia suka sorang pelajar tu, mesti dia baik je dengan pelajar tu. Kalau time layan aku, garang macam bapak singa, tapi time layan student yang dia suka, lembut ala kek sponge je aku tengok. Ni yang aku menyampah gila tengok. Pelajar yang dia suka didahulukan, aku pulak, kalau boleh dia taknak bagi chance langsung nak mintak tolong dia. Dah tu lagi, kalau student tu buat something bagus sikit, pujian melambung-lambung sampai langit ketujuh dia bagi. Aku pulak, kalau dapat seratus markah pun belum tentu dia nak tumpang happy.

 kind of sombong
-well yang ni banyak aku jumpa, makin hari makin banyak. Disebabkan oleh kempen Budi Bahasa Budaya Kita, maka aku cubalah meramahkan diri menyapa cikgu-cikgu yang aku terserempak kat sekolah. Niat hati baik, tapi cikgu pulak buat dunno je time aku ucap salam or selamat pagi/petang.  Aku tak kisah kalu dia tak  balas greet aku since aku tahu mungkin banyak student yang dia dah jumpa sebelum tu, tapi takkan senyum pun tak dapat??? Well dah lah tak senyum, pandang muka aku pun tak sudi, sombong tahap apa dah tu? Dah la aku ni pemalu, effort aku pulak tak dihargai!.. memang aku ada consider yang mungkin diorang ada masalah ke apa, tapi kalau bertahun-tahun macam tu, apa kes? Memang lah cikgu kat higher level berbanding student, tapi appreciate lah ckit effort kitorang, kitorang pun ada hati dan perasaan.. dan harga diri jugak!

bagi homework banyak-banyak

yang ni pulak, makin aku dewasa, makin berlambak cikgu jenis ni kat sekolah.. aku tau tujuan diorang hanyalah nak mendidik kitorang sebagai pelajar, tapi kalau dah bagi homework yang kalau disusun mengalahkan tinggi Gunung Kinabalu, tu bukan menidik namanya, tapi menyeksa! Bayangkanlah, kita semua ada 24 jam sehari, aku punya masa boleh lah dibahagikan macam ni: 7 jam (pagi) dan 3 jam (petang) kat sekolah, mandi dan bersiap 2 jam, pergi and balik sekolah, 2 jam, makan & masak 2 jam, solat 30 minit, tidur 6 jam and masa untuk belajar cuma 2 jam lagi.  Mana nak cukup kan kalau sehari ada 5 jenis homework dia bagi. Dah tu pulak nak kena hantar esok hari! Kalau kitorang mengadu, macam-macam lah dia punya statement mempertahankan tindakan tak bermoralnya menyeksa kitorang tu, kitorang dilabel malas.  Last-last terpaksa meniru rakan, lepas tu kena marah dengan dia lagi. Dah masa tak cukup? IQ tak sama, tapi result nak sama? Logic ke dia nak macam tu?

amalkan sikap “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”

yang ni satu lagi jenis yang menyakitkan hati sangat-sangat. Bila sorang student buat silap sikit, satu kelas kena. Sorang buat silap, yang lagi 39 terima padahnya jugak, apa kes? Takkan cikgu tak tau nak bezakan yang mana betul and salah. Dah sorang buat silap, sorang je lah kena hukum. Bukannya yang 39 orang tu boleh control yang sorang tu pun, tinggal rumah lain-lain, otak lain-lain, keluarga lain-lain, masalah pun lain-lain. Dah tu pulak, tengking sana, tengking sini, ingat student takda maruah ke? Kalau yang nakal tahap gila tu bolehlah dimaafkan, tapi kalau yang salahnya Cuma kurang faham yang diajarkan, takkan nak menggila jugak? Cuba kalau dia yang kena tengking dengan pengetua, dia still rasa tindakan tu boleh diterima ke???

hati busuk

Yang ni jarang aku jumpa, tapi memang ada wujud. Dulu aku pernah jumpa sorang time aku dalam tahun enam (lama tuu). Cikgu pompuan tu nama dia dekat-dekat dengan buah lemon, so aku addresskan dia sebagai Hajah Lemon dalam cerita aku ni (dia dah pergi haji pun). Aku bukan jenis yang suka panggil cikgu nama bukan-bukan, tapi cikgu ni ada pengecualian sebab she had hurt my heart pretty badly. Okay, aku ni time tu bolehlah dikatakan tergolong dalam pelajar bijak, sekolah target dapat 5A (tapi last last dapat 4A je sebab my science sucked).. so sekolah anjurkanlah banyak program untuk students yang top 20, salah satunya kelas malam. Satu minggu kena bayar RM50. Aku taknak pergi kelas tu, so aku tak ikut kelas tu. Tau apa yang mulut laser cikgu lemon tu kata? “kedekutnya bapak awak, takkan RM50 pun tak dapat bayar?” hati aku rasa macam kena cencang lumat je, nak je aku stapler mulut laser tu. Bukannya masalah duit pun! Aku ingat cikgu semuanya pandai, tapi rupa-rupanya ada jugak yang bodoh macam tu! Sebelum tu sekolah ada anjurkan pesta kebudayaan, so setiap pelajar kena buat persembahan. Since keluarga aku tak tinggal kat Bandar tu, aku tak dapat hadir latihan, so aku tarik diri. Since tu dia yang uruskan, entah apa yang merasuknya, terus cikgu lemon berdendam dengan aku. Sindir-indir bahawa keluarga aku tak boleh nak berkorban sikit untuk sekolah. Apa dia ingat kereta gerak pakai air ke? Dalam episode lain pulak, ada sebuah kem untuk pelajar harapan UPSR kat Bandar lain, aku terpilih tapi cikgu lemon gila tu boleh pulak cancelkan nama aku suka ati dia je. Alasan yang dia bagi, semua program sebelum ni aku tak pernah nak ikut. Wtf? Cikgu tu ingat dia Tuhan ke nak decide decide benda untuk aku? tak cukup dengan tu, dia cancelkan jugak nama aku dalam senarai pemohon untuk mintak masuk sekolah2 berasrama penuh. Aku tak kisah kalau dia rasa aku tak layak, tapi yang bodohnya, dia tak tanya langsung pendapat aku (untuk pelajar lain, dia tanya whether nak ke tak memohon) You know what? Sampai mati pun aku takkan maafkan cikgu tu! [untuk kes ni, aku bukan tak beberapa suka tengok cikgu tu, tapi aku BENCI, MELUAT, MENYAMPAH, SAKIT HATI, and FRUSTRATED tengok muka evil dia, tak perlu ada setan memujuk, memang aku benci dia sepenuh hati)


Walaupun aku menyampah tengok diorang, TAPI aku still appreciate diorang punya effort mengajar aku, so thanks lah for that (kecuali untuk Cikgu Lemon, yang tu cuma mengajar aku cara nak membenci seseorang sehabis baik n sepenuh hati je)..


No comments:

Post a Comment